Profile Picture

Afidahaini Binti *******

(Bersemuka & Dalam Talian)

Sarjana Muda - Perakaunan

Universiti Teknologi MARA (Shah Alam) (Telah Bergraduasi)

Seri Kembangan, Selangor

Jika berminat dengan tutor ini WhatsApp kami

WhatsApp Kami
Tentang Saya
Saya merupakan seorang tutor yang berdedikasi serta bersemangat tinggi dalam membantu anak didik saya untuk mencapai keputusan cemerlang. Berpengalaman 10 tahun dalam dunia akaun dan pengiraan, saya akan memupuk anak didik saya untuk lebih berminat dan cemerlang dalam dunia matematik. Dengan mendapat pendidikan menengah di Sekolah Agama Al-Khairiah Temerloh, saya juga boleh menjadi tutor dalam aliran agama dengan cemerlang jika diberi peluang. Saya seorang yang ramah dan pandai melayan karenah anak-anak. Saya akan memastikan anak didik saya sentiasa bersemangat untuk belajar.
Teknik Pengajaran
Saya akan menggunakan kaedah mengajar Direct Learning. Merujuk kepada pembinaan peluang bagi penglibatan aktif dalam persekitaran pembelajaran yang boleh membentuk pemahaman individu. Apabila murid mempunyai sedikit pengetahuan tentang sesuatu topik, direct learning amat diperlukan bagi mendapatkan pemahaman, mencipta, mengubah atau mencorak semula pemahaman. Saya juga akan menggunakan kaedah didik hibur supaya anak-anak tidak berasa bosan semasa proses pembelajaran.
Subjek
Subjek Tahap
Mengaji - Iqra Darjah 2
Matematik Darjah 2
P. Islam Darjah 2
Jawi Darjah 2