mytutor_mobile
Profile Picture

Alia Batrisyia *******

(Dalam Talian)

Diploma / Stpm - Science Mathematics

Universiti Teknologi MARA (Segamat) (Sedang Belajar)

Ayer Molek, Melaka

Jika berminat dengan tutor ini WhatsApp kami

WhatsApp Kami
Tentang Saya
Saya seorang tutor yang berdedikasi dan prihatin terhadap anak didik saya. Saya seorang yang suka berkongsi ilmu kepada orang lain terutamanya anak anak didik saya. Saya seorang yang lebih mementingkan pemahaman seseorang murid itu berbanding menghabiskan sesuatu silibus itu dengan cepat tanpa memahaminya. Saya seorang yang tidak mudah marah dan penyabar dalam mendidik anak anak didik saya. Saya akan berpuas hati jika anak anak didik saya dapat menguasai apa yang saya ajari mereka.
Teknik Pengajaran
Saya akan menggunakan teknik yang mudah ingat seperti menggunakan akronim atau mencipta lagu bagi subjek yang memerlukan mengingat. Selain itu, bagi subjek mengira, saya akan sediakan pelbagai bentuk soalan dari soalan yang mudah sehingga soalan yang mencabar bagi mereka terbiasa dengan kaedah kaedah yang pelbagai. Di samping itu, saya juga akan mengambil perhatian bagi bahagian bahagian yang mereka lemah untuk saya tekankan dan ajarinya lebih.
Subjek
Subjek Tahap
Matematik Darjah 4, Darjah 6, Darjah 5, Tingkatan 1