Profile Picture

Siti Natasha *******

(Bersemuka)

Sarjana Muda - Sarjana Muda Pendidikan (Kepujian) Pendidikan Jasmani Dan Kesihatan

Universiti Teknologi MARA (Puncak Alam) (Sedang Belajar)

Kajang, Selangor

Fakulti Pendidikan

Jika berminat dengan tutor ini WhatsApp kami

WhatsApp Kami
Tentang Saya
Saya merupakan graduan lepasan diploma jurusan pengajian sukan dan sarjana muda pendidikan khusus pendidikan jasmani dan kesihatan dari UiTM Puncak Alam. Berpengalaman mengajar di sekolah rendah dan menengah, kerajaan dan swasta. Saya seorang yang mudah didekati dan bersemangat tinggi. Mendidik dan melahirkan seorang 'insan' merupakan matlamat saya, jadi saya akan berusaha memastikan setiap anak murid saya faham pada setiap ilmu yang disampaikan. Mari bantu untuk mencapai matlamat saya hari ini!
Teknik Pengajaran
Sebagai seorang guru sukan, aktiviti pengajaran saya memenuhi ketiga-tiga objektif; kognitif, afektif dan psikomotor. Bukan itu sahaja, saya mempelbagaikan teknik mengikut kesesuain supaya sentiasa dapat menarik minat pelajar untuk belajar. Pembelajaran 'student centered' yang aktif dan bahan juga digunakan untuk mengelakkan murid bosan dan mampu untuk kekal fokus sepanjang sesi pembelajaran. Sesi imbas kembali akan digunakan pada awal, semasa atau akhir pembelajaran untuk mengetahui tahap kefahaman pelajar.
Subjek
Subjek Tahap
Fardhu Ain Tadika
Matematik Tadika, Darjah 1, Darjah 2
Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan Darjah 1, Darjah 2, Darjah 3, Tingkatan 1, Tingkatan 2, Tingkatan 3, Tingkatan 4, Tingkatan 5