mytutor_mobile
Profile Picture

Muhammad Faris *******

(Bersemuka)

Sarjana Muda - Mechanical Engineering

Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (Batu Pahat) (Telah Bergraduasi)

Shah Alam, Selangor

Tutor Training

Jika berminat dengan tutor ini WhatsApp kami

WhatsApp Kami
Tentang Saya
Saya Faris, graduan kejuruteraan mekanikal dari universiti terkemuka UTHM johor. Saya amat cederung melakukan sesuatu kerja dengan penuh komitmen dan akan mementingkan hasil yang berkualiti. Saya juga seorang yang menjulang tinggi kepentingan pemahaman konsep sesuatu perkara. Pembelajaran bukanlah hanya sekadar menghasilkan pelajar yang mampu menjawab soalan peperiksaan tetapi pelajar yang memahami apa yang mereka pelajari dan menggunakan pengetahuan konsep tersebut untuk menyelesaikan masalah yang diberi. Mentaliti inilah yang saya terapkan dalam diri saya sehingga saya dapat keputusan yang cemerlang di universiti. Oleh itu, saya sangan teruja untuk kongsi ilmu pengetahuan yang saya ada kepada pelapis bangsa kita agar dapat melahirkan pelajar yang lebih bermutu tinggi khususnya dalam bidang akademik.
Teknik Pengajaran
1. Pendekatan saya dalam pengajaran yang utamanya adalah berfokus kepada pemahaman konsep. Dalam proses ini, saya akan gunakan alat bantu belajar seperti video, visualisasi, contoh mudah dan efektif bagi meningkatkan kebolehan pelajar memahami konsep sesuatu topik pelajaran.
2. Kemudian, kefahaman pelajar akan diuji melalui soalan-soalan konsep bagi menilai sejauh mana kefahaman pelajar. Dari situ, kekurangan dalam kefahaman konsep dapat dikenalpasti dan diperbaiki. Proses ini akan berulang sehingga pelajar dapat menguasai kesulurahan konsep sesuatu topik.
3. Seterusnya, barulah pelajar akan beralih kepada soalan-soalan penyelesaian masalah seperti KBAT, soalan peperiksaan lepas, dan soalan latih tubi.
4. Melalui strategi ini, pelajar dijamin mendapat kefahaman menyeluruh terhadap sesuatu konsep pelajaran dan mencapai objektif utama iaitu melahirkan pelajar yang memahami apa yang mereka pelajari.
Subjek
Subjek Tahap
Matematik Tingkatan 3, Tingkatan 4, Tingkatan 5
Sains Tingkatan 3
Fizik - Bahasa Melayu Tingkatan 4, Tingkatan 5