Profile Picture

Puteri Intan *******

(Online)

Sarjana Muda - Undang Undang

Universiti Kebangsaan Malaysia (Ongoing Study)

Dungun, Terengganu

WhatsApp Us If Interested

WhatsApp Kami
About Me
Saya cikgu Puteri. Saya merupakan seorang tutor yang berdedikasi dan berpengalaman selama 2 tahun dalam mendidik pelajar sekolah rendah terutamanya bagi subjek bahasa melayu, bahasa inggeris, sains dan sejarah. Subjek major saya adalah bahasa melayu dan bahasa inggeris manakala subjek minor saya adalah sains dan sejarah. Berkemahiran dalam menarik minat pelajar untuk menggemari sesuatu subjek dan kreatif dari segi teknik pengajaran menjadikan saya seorang pendidik yang dapat melahirkan ramai pelajar cemerlang. Saya juga sering mengendalikan quiz secara seronok dan menarik di samping membantu pelajar untuk mengingat dan memahami sesuatu topik itu dengan mudah. Mahukan anak skor cemerlang serta mempunyai daya ingatan dan pemahaman yang tinggi ? Hubungi saya hari ini.
Teaching Method(s)
Berpengelaman selama 2 tahun dalam industri pendidikan, saya menerapkan teknik - teknik bergantung kepada keupayaan para pelajar. Saya juga mengaplikasikan teknik didik hibur dalam mencapai objektif pembelajaran. pendekatan kepada peta minda merupakan kepakaran saya bergantung kepada keperluan subjek. Pelbagai pendekatan saya gunakan untuk memastikan para pelajar berupaya memahami ilmu yang diajar. Kepuasan anak - anak dalam mencapai kecemerlangan merupakan visi saya sebagai pendidik
Subject
Subject School Level
Membaca - BI Darjah 1, Darjah 2
Matematik Darjah 1, Darjah 2, Darjah 3
Membaca - BM Darjah 1, Darjah 2
Bahasa Melayu Darjah 1, Darjah 2, Darjah 3, Darjah 4, Darjah 5, Darjah 6, Tingkatan 1, Tingkatan 2, Tingkatan 3
Bahasa Inggeris Darjah 1, Darjah 2, Darjah 3, Darjah 4, Darjah 5, Darjah 6, Tingkatan 1
Sains Darjah 1, Darjah 2, Darjah 3, Darjah 4, Darjah 5