Profile Picture

Noradriana Husna *******

(Physical & Online)

Sarjana Muda - Sains Komputer ( Keselamatan Maklumat)

Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (Batu Pahat) (Ongoing Study)

Batu Pahat, Johor

Tutor Training

WhatsApp Us If Interested

WhatsApp Kami
About Me
Saya Noradriana Husna. Nama panggilan saya ialah yana. Saya seorang student yang sedang belajar dan mengambil sarjana muda komputer sains keselamatan maklumat. Saya baru sahaja ingin menceburi bidang baru iaitu ingin menjadi cikgu atau tutor dalam subjek - subjek yang sukar untuk difahami dan memerlukan kefahaman yang banyak. Subjek yang saya gemar untuk mengajar ialah matematik,matematik tambahan, fizik, kimia , dan sains komputer. Saya seorang yang peramah dan memberi tunjuk ajar dengan baik dan memastikan pelajar tersebut betul - betul faham dengan topik yang tidak difahami . Saya juga seorang yang menepati masa. Jika memerlukan tutor yang memerlukan pelajaran yang santai dan mengunakan situasi persekitaran untuk lebih relate dengan pelajar serta memberi tunjuk ajar yang mudah difahami atau menggunakan bahasa yang mudah , sayalah orangnya. Tetapi, sesuatu yang baik dan ilmu juga datang daripada tuhan. Kepada yang islam, betulkan juga niat belajar bukan hanya semata - mata untuk mendapat keputusan yang cemerlang, tetapi untuk mendapat pahala mencari ilmu dan kerana Allah.
Teaching Method(s)
Teknik pengajaran saya adalah saya gemar membuat nota dan mindmap yang mempunyai warna dan highlight yang lawa dan senang diingati . Kaedah pembelajaran saya juga lebih kepada pelajar visual dan auditori. Secara visual, saya gemar membuat nota yang ringkas dan mudah difahami kerana daya ingatan saya lebih kuat jika dapat mengambarkan nota - nota yang telah saya tulis. Auditori pula saya suka bercakap bersendirian dan mengajar orang lain topik tersebut untuk mengingati sesuatu maklumat
tutor_profile.label.rating_review

Rosliana : Sains Komputer

Penerangan yang jelas & difahami oleh pelajar.

Iznoreen Aida : Sains Komputer

Cikgu Noradriana Husna menepagi masa dan mengisi masa pembelajaran satu jam dengan baik. Kelas selama 2 bulan ini membantu pelajar memahami mata pelajaran Sains Komputer dengan baik. Untuk sesi seterusnya harap tutor dapat meluangkan sedikit masa membimbing/ memberi pandangan untuk memperbaiki project SK pelajar dan juga penekanan kepada teknik menjawab exam untuk mendapat markah terbaik. Terima kasih

Subject
Subject School Level
Matematik Tingkatan 4, Tingkatan 5
Sains Komputer Tingkatan 4, Tingkatan 5
Asas Sains Komputer Tingkatan 1, Tingkatan 2