Profile Picture

Asyraaf 442

(Bersemuka & Dalam Talian)

Sijil Pelajaran Malaysia(spm) - Teaching English As Second Language (Tesl)

Institut Pendidikan Guru (Sedang Belajar)

Bukit Gelugor, Pulau Pinang

Fakulti Pendidikan

Tutor Training

Jika berminat dengan tutor ini WhatsApp kami

WhatsApp Kami
Tentang Saya
Saya Cikgu Asyraaf. Saya merupakan guru dalam latihan di Institut Pendidikan Guru Malaysia dan pernah berpraktikum selama 3 bulan di sebuah sekolah rendah di Pulau Pinang. Subjek Bahasa Inggeris merupakan subjek utama saya dalam kerjaya perguruan. Saya telah dilatih di Institut Pendidikan Guru dengan pengetahuan tentang subjek-subjek lain seperti Teknologi Maklumat dan Komunikasi, Olahraga, Pendidikan Kesihatan dan Moral. Bukan itu sahaja, saya juga pernah menuntut di salah satu Maahad Muhammadi di Malaysia selama 5 tahun. Oleh itu saya jugak berkebolehan untuk mengajar asas-asas agama dan juga Bahasa Inggeris. Nak tutor Bahasa Inggeris atau Pendidikan Agama Islam? Hubungi saya hari ini.
Teknik Pengajaran
Teknik pengajaran saya memfokuskan penggunaan tekonologi, gamifikasi dan juga permainan dalam pembelajaran. Teknik ini adalah sangat efektif untuk murid-murid pada zaman kini kerana dapat memastikan mereka belajar dalam keadaan yang seronok dan selesa tanpa tekanan daripada guru. Ini juga secara tidak langsung memupuk semangat dan meningkatkan motivasi pelajar saya untuk meneruskan sesi pembelajaran. Selain itu, saya juga menitikberatkan asas-asas moral dan akhlak di dalam mendidik murid-murid untuk kegunaan sepanjang hayat.
Subjek
Subjek Tahap
Bahasa Inggeris Darjah 3, Darjah 1, Darjah 2, Darjah 4, Darjah 5, Darjah 6, Tingkatan 5
Mengaji - Iqra Darjah 1, Darjah 2, Darjah 3, Darjah 4, Darjah 5, Darjah 6
Mengaji - Al-Quran Darjah 1, Darjah 2, Darjah 3, Darjah 4, Darjah 5, Darjah 6
Prasekolah - 3M Darjah 1, Darjah 2, Darjah 3