mytutor_mobile
Profile Picture

Nurliyana Azlin *******

(Bersemuka & Dalam Talian)

Sarjana Muda - Business Information System

Universiti Teknologi Petronas (Telah Bergraduasi)

Dengkil, Selangor

Tutor Training

Jika berminat dengan tutor ini WhatsApp kami

WhatsApp Kami
Tentang Saya
Saya merupakan seorang tutor yang bersemangat tinggi, periang dan berdedikasi dalam mebantu anak didik saya mencapai keputusan yang cemerlang. Namun saya seorang yang tegas mengikut pada keadaan. Saya juga pandai mengambil hati pelajar agar mereka menyukai sesi pengajaran dan pembelajaran yang saya jalankan. Saya akan sentiasa memastikan pembelajaran saya ceria dan fun untuk memudahkan pelajar faham pembelajaran. Ketika masih belajar di universiti, saya banyak menyertai program CSR yang melibatkan pembelajaran dan motivasi untuk pelajar sekolah. Jadikan saya tutor anda hari ini!
Teknik Pengajaran
Saya mengunakan kaedah didik hibur dan contoh untuk memastikan pelajar tidak mudah bosan dan faham. Saya juga menyediakan teknik karangan mudah serta tatabahasa pantas untuk memastikan anak didik saya dapat menguasai kemahiran yang diperlukan dengan mudah. Saya akan sentiasa bertanyakan kepada pelajar tentang apa yang mereka mahukan yang mampu membantu mereka dalam pembelajaran. Saya juga menyediakan nota yang berwarna warni dan mudah untuk difahami pelajar. Konsep pembelajaran saya lebih kepada untuk melatih murid berfikir dan cara, jadi bila mana ada soalan yang berubah-ubah mereka tahu untuk menjawabnya.
Subjek
Subjek Tahap
Membaca - BM Tadika, Darjah 1
Matematik Tadika, Darjah 1
Prasekolah - 3M Tadika