mytutor_mobile
Profile Picture

Nurul Aneesa *******

(Dalam Talian)

Sarjana Muda - Sarjana Muda Dalam Bimbingan Dan Kaunseling

Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (Gombak) (Sedang Belajar)

Gombak, WP Kuala Lumpur

Fakulti Pendidikan

Jika berminat dengan tutor ini WhatsApp kami

WhatsApp Kami
Tentang Saya
Assalamualaikum and hi ! Nama saya Nurul Aneesa binti Mohamad Azidi, berusia 23 tahun dan merupakan pelajar tahun akhir di Universiti Islam Antarabangsa. Saya merupakan pelajar dalam bidang Pendidikan dalam Bimbingan dan Kaunseling di peringkat sarjana muda. Walau bagaimanapun, selain daripada bidang pendidikan dan kaunseling saya juga mempunyai latar belakang pendidikan agama yang baik kerana saya merupakan bekas pelajar Sekolah Rendah dan Menengah Islam Hidayah, Johor Bahru. Jadinya, saya mempunyai kemahiran dalam subjek-subjek agama seperti Pendidikan Islam, Al-quran dan As-sunnah, Syariah Islamiah dan juga Tajwid Qiraat Al-quran. Jadi, itu lah serba sedikit sebanyak biodata ringkas tentang diri saya. Terima kasih.
Teknik Pengajaran
Bagi saya, teknik pengajaran yang pernah saya lakukan semasa saya menjadi guru praktikal pada tahun ketiga, saya menggunakan teknik berhibur sambil belajar. Hal ini kerana, saya tidak mahu pelajar saya terlalu stress dalam belajar dan dalam masa yang sama mereka sukar untuk memahami isi kandungan dan konteks silibus tersebut. Jadinya, saya wujudkan suasana yang santai tetapi dalam masa yang sama kita belajar dan fokus. Selain itu juga, saya juga akan menggunakan pendekatan interaktif dalam sesi pembelajaran agar saya dapat mencipta persekitaran pembelajaran yang merangsang minat pelajar dan juga dapat membantu mereka menjelajah konsep-konsep kompleks dengan lebih mudah.
Subjek
Subjek Tahap
Mengaji - Iqra Darjah 1, Darjah 2, Darjah 3
Pendidikan Moral Darjah 1, Darjah 2, Darjah 3
P. Islam Darjah 1, Darjah 2, Darjah 3