mytutor_mobile
Profile Picture

Sharifah Ainul *******

(Dalam Talian)

Sarjana Muda - Sains Statistik

Universiti Teknologi MARA (Kota Bharu) (Telah Bergraduasi)

Jitra, Kedah

Jika berminat dengan tutor ini WhatsApp kami

WhatsApp Kami
Tentang Saya
Hai. Selamat berkenalan. Saya Cikgu Ainul. Saya merupakan seorang pengajar yang bersemangat waja dan mempunyai pengalaman mengajar pelajar sekolah rendah dan sekolah menengah. Saya merupakan graduan sains statistik jadi saya lebih fokus mengajar dalam bidang matematik dan sains. Tetapi saya juga mempunyai pengalaman mengajar subjek bahasa melayu dan sejarah sekolah menengah. Saya seorang yang berkeupayaan memberikan bimbingan dan dorongan kepada pelajar untuk terus belajar dan tidak mudah berputus asa. Jadi jika anda perlukan tutor yang sangat berdedikasi dalam membantu anak anda meningkatkan prestasi pelajaran mereka. Jangan lupa untuk hubungi saya.
Teknik Pengajaran
Cara saya mengendalikan kelas adalah saya akan mengaplikasikan kaedah pengajaran yang santai dan produktif supaya dapat mewujudkan suasana pembelajaran yang selesa kepada pelajar saya. Sebagai seorang yang berpengalaman mendidik pelajar sekolah menengah dan rendah, saya akan menerapkan teknik pengajaran berkonsepkan alaf ke-21 seperti yang diterapkan di sekolah. Sebagai contoh saya akan menerapkan teknik pelajar perlu menjawab latihan untuk meningkatkan kefahaman mereka kemudian menerangkan semula kepada saya. Hal ini bertujuan untuk membantu pelajar memahami pembelajaran di samping mengasah kebolehan berinteraksi dengan baik. Saya akan melakukan sehabis baik seiring dengan hasrat ibu bapa iaitu ingin melihat anak-anak mereka berjaya meningkatkan prestasi akademik mereka.
Subjek
Subjek Tahap
Matematik Tingkatan 1, Tingkatan 2, Darjah 1, Darjah 2, Darjah 3, Darjah 4
Bahasa Melayu Tingkatan 1, Tingkatan 2, Darjah 3
Sejarah Tingkatan 1, Tingkatan 2
Membaca - BM Darjah 2, Darjah 1, Darjah 3
Bahasa Inggeris Darjah 1