mytutor_mobile
Profile Picture

Nur Anis *******

(Bersemuka & Dalam Talian)

Diploma / Stpm - Teknologi Maklumat Komunikasi (digital Teknologi)

Politeknik Mersing (Sedang Belajar)

Johor Bahru, Johor

Jika berminat dengan tutor ini WhatsApp kami

WhatsApp Kami
Tentang Saya
Saya merupakan seorang tutor yang baru yang ingin mencuba pengalaman baru dalam bidang pendidikan. Saya juga merupakan seorang graduan dalam bidang IT.Saya sangat bersemangat untuk membantu ramai pelajar menjadi seorang yang lebih cemerlang. Saya akan cuba sedaya upaya untuk membantu pelajar untuk memahami pembelajaran yang mereka pelajari. Keperibadian saya yang ramah dan mesra akan membantu saya membina hubungan yang kukuh dengan setiap pelajar, membuat mereka berasa selesa dan terbuka untuk mendapatkan bimbingan dan sokongan daripada saya. Saya akan memastikan setiap sesi pembelajaran dijalankan dalam suasana yang positif dan menyenangkan.Melalui pendekatan yang kreatif dan bersifat inklusif, saya berharap dapat menarik minat pelajar dalam subjek yang saya ajar dan memberi mereka input yang bernilai untuk membantu mereka mencapai kejayaan dalam pembelajaran.
Teknik Pengajaran
Semasa sesi pembelajaran, saya akan menggunakan kaedah permainan pendidikan iaitu menggunakan permainan yang interaktif yang dapat menguji minda pelajar saya berkaitan topik topik yang mereka pelajari. Bukan itu sahaja, saya juga akan mengadakan aktiviti dalam kumpulan kecil dimana pelajar akan berkerjasama untuk menyelesaikan sesuatu masalah yang diberi berkaitan topik pembelajaran. Ini sekaligus akan membina pemahaman dan kemahiran kerja berpasukan. Semasa pembelajaran sedang berjalan, saya akan menggunakan bahasa yang mudah difahami oleh pelajar agar mereka mudah menerima ilmu yang diberikan. Saya juga akan memastikan suasana pembelajaran mestilah selesa oleh pelajar tanpa sebarang tekanan. Ini sekaligus dapat mendatangkan input yang baik kepada pelajar.
Subjek
Subjek Tahap
Mengaji - Iqra Darjah 2
Matematik Darjah 2
Membaca - BM Darjah 2
Bahasa Melayu Darjah 2
Jawi Darjah 2