mytutor_mobile
Profile Picture

Mirza Syazana *******

(Bersemuka & Dalam Talian)

Sarjana Muda - Kejuruteraan Komputer

Universiti Teknikal Malaysia Melaka (Durian Tunggal) (Telah Bergraduasi)

Putrajaya, WP Putrajaya

Jika berminat dengan tutor ini WhatsApp kami

WhatsApp Kami
Tentang Saya
Hi Semua! Nama saya Mirza Syazana, graduan kejuruteraan komputer dari Universiti Teknikal Malaysia Melaka. Saya merupakan seorang tutor yang berdedikasi tinggi dalam membantu anak didik saya untuk menjadi lebih semangat dan lebih yakin dalam pelajaran. Saya berpegang kepada prinsip "Everyone is UNIQUE", dengan pegangan prinsip saya ini, saya percaya bahawa setiap anak didik saya mempunyai keunikan dan cara pembelajaran yang tersendiri. Oleh itu, saya sebagai seorang tutor hendaklah menyokong dan membantu cara pembelajaran anak didik saya supaya cara pembelajaran mereka akan menjadi efektif dan efisyen. Saya juga seorang yang ceria dan positif namun tegas. Selain itu, saya merupakan seorang tutor yang tidak mudah putus asa, saya akan mengajar anak didik saya sehingga mereka faham atau mempunyai perkembangan dalam sesuatu topik. Oleh itu, hubungi saya dan jadikan saya tutor anda hari ini!
Teknik Pengajaran
Saya menggunakan teknik pengajaran yang pelbagai mengikut kebolehan dan kesesuaian anak didik saya. Saya akan menyediakan nota yang menarik minat anak didik saya untuk membacanya seperti nota berwarna warni di powerpoint. Selain itu, saya juga suka menggunakan pembelajaran melalui permainan kuiz melalui medium teknologi seperti aplikasi "Kahoot" agar saya dapat mengetahui tahap kefahaman anak didik saya tentang sesuatu subjek atau topik.
Subjek
Subjek Tahap
Matematik Darjah 5, Darjah 6
Bahasa Melayu Darjah 5, Darjah 6, Tingkatan 1, Tingkatan 5
Bahasa Inggeris Darjah 5, Darjah 6, Tingkatan 1
Sains Darjah 5, Darjah 6
Matematik - DLP Bahasa Inggeris Darjah 6, Tingkatan 1, Tingkatan 3
Sains - DLP Bahasa Inggeris Darjah 6, Tingkatan 1, Tingkatan 3
Sejarah Tingkatan 1, Tingkatan 3, Tingkatan 5
Asas Sains Komputer Tingkatan 1, Tingkatan 3
Kimia - DLP Bahasa Inggeris Tingkatan 5
Sains Komputer Tingkatan 5