Profile Picture

Nurliyana Aqilah *******

(Dalam Talian)

Diploma / Stpm - Sains Sosial

Sekolah Menengah (Telah Bergraduasi)

Simpang Durian, Negeri Sembilan

Tutor Training

Jika berminat dengan tutor ini WhatsApp kami

WhatsApp Kami
Tentang Saya
Saya akan menjadi tutor yang berdedikasi. Selain itu saya seorang yang mesra namun tegas dalam pembelajaran. Saya juga merupakan seorang yang bersemangat tinggi dalam mendidik dan membantu anak didik untuk capai kecemerlangan. Saya akan memastikan anak didik saya mencapai matlamat mereka tersendiri dengan adanya bimbingan seorang tutor. Saya akan mengajar mereka cara penyusunan jadual yang efektif dalam kehidupan harian. Saya juga seorang yang berjiwa ramah suka berbual dengan anak didik apabila mereka dalam kesusahan. Dengan adanya sifat prihatin anak didik juga akan suka terhadap pembelajaran dan pengajaran yang akan disampaikan. Hendak seribu dalih , tak hendak seribu daya.
Teknik Pengajaran
Saya menggunakan kaedah konsep asas dalam kehidupan harian dahulu. Hal ini supaya anak didik sentiasa berfikir apa yang mereka sentiasa lakukan dalam kehidupan harian. Selain itu saya menyediakan nota berwarna warni dan ringkas untuk memudahkan anak didik lebih memahami dan tertarik apabila membaca. Saya juga menggunakan aplikasi atas talian untuk memberi aktiviti seperti jawab kuiz dan lain lain untuk mereka mengingat kembali apa yang sudah dipelajari setelah habis pembelajaran. Dengan ini anak didik akan lebih menyukai dan tidak mudah bosan dengan kaedah pembelajaran tersebut. Saya juga menggunakan akronim untuk membantu saya mengingati sesuatu perkara dengan mudah. Akhir sekali, kaedah tatabahasa pantas untuk memudahkan anak didik belajar dalam kelas dalam talian. Hubungi saya dan jadikan saya tutor kamu hari ini !
Subjek
Subjek Tahap
Prasekolah - 3M Darjah 1, Tadika
Membaca - BI Darjah 1
Membaca - BM Darjah 1
Bahasa Melayu Tingkatan 1, Tingkatan 4
Pendidikan Seni Visual Tingkatan 4, Tingkatan 5
Sains Rumah Tangga Tingkatan 5
Mengaji - Iqra Darjah 3
Matematik Darjah 3
Jawi Darjah 3