Profile Picture

Nassyuha Assyillah *******

(Bersemuka & Dalam Talian)

Sarjana(master) - Business Administration

Universiti Teknologi MARA (Pasir Gudang) (Telah Bergraduasi)

Marang, Terengganu

Jika berminat dengan tutor ini WhatsApp kami

WhatsApp Kami
Tentang Saya
Saya Miss Nassyuha. Saya merupakan seorang tutor yang berdedikasi dan berpengalaman selama 3 tahun dalam mendidik pelajar di peringkat Universiti, Asasi dan STPM. Subjek Ekonomi dan Perniagaan merupakan subjek major saya dalam dunia pendidikan, manakala Matematik merupakan subjek minor. Berkemahiran dalam penyusunan modul menjadikan saya seorang pendidik yang dapat melahirkan ramai pelajar cemerlang. Saya juga mampu meningkatkan motivasi dan disiplin dalam kalangan pelajar. Nak anak skor cemerlang serta tingkatkan keyakinan anak anda? Hubungi saya hari ini.
Teknik Pengajaran
Berpengalaman selama 3 tahun dalam industri pendidikan, saya menerapkan teknik-teknik yang menarik bergantung kepada keupayaan para pelajar. Bermula dengan pendekatan asas, teknik skor peperiksaan dan juga pendekatan peta minda merupakan kepakaran saya bergantung kepada keperluan subjek. Saya juga berpengalaman dalam menjalankan tutor dan p&p secara dalam talian dengan kaedah yang menarik. Pelbagai pendekatan saya gunakan untuk memastikan para pelajar berupaya memahami ilmu yang diajar. Kepuasan anak-anak dalam mencapai kecemerlangan merupakan visi saya sebagai pendidik.
Subjek
Subjek Tahap
Perniagaan Universiti - Diploma, STPM - Tingkatan 6
Matematik STPM - Tingkatan 6, Tingkatan 5
Ekonomi STPM - Tingkatan 6