Profile Picture

Natalia Augusta *******

(Bersemuka & Dalam Talian)

Sijil Pelajaran Malaysia(spm) - Science

Sekolah Menengah (Telah Bergraduasi)

Puchong, Selangor

Jika berminat dengan tutor ini WhatsApp kami

WhatsApp Kami
Tentang Saya
Saya merupakan home tutor yang mempunyai pengalaman mengajar kanak-kanak dari peringkat sekolah rendah hinggalah ke peringkat sekolah menengah selama 5 tahun. Selain daripada itu, saya juga berpengalaman mengajar orang dewasa yang buta huruf sehinggalah mereka berjaya membaca dan mengenali setiap huruf dalam jangka masa yang singkat. Saya merupakan seorang tutor yang peramah tetapi tegas serta boleh mewujudkan satu keadaan belajar yang selesa dan juga seronok kepada setiap pelajar. Matlamat utama saya ialah bukan sahaja mendidik pelajar saya sehingga mereka mendapat keputusan yang cemerlang tetapi juga pada masa yang sama mereka mampu mengaplikasikan pembelajaran tersebut dalam kehidupan mereka.
Teknik Pengajaran
Saya menjalankan sesi pembelajaran saya melalui dua cara sama ada secara online atau fizikal. Bahan-bahan yang digunakan semasa mengajar amatlah menarik kerana saya lebih tertarik menggunakan flash card dan mind map yang mana lebih menarik perhatian pelajar dan juga lebih mudah untuk mereka faham dan juga untuk mereka ingat. Saya juga sentiasa melakukan sesi Q&A setiap kali habis mengajar satu topik dan juga sebelum memulakan topik baru saya akan melakukan satu sesi perbincangan mengenai pemahaman pelajar.
Subjek
Subjek Tahap
Bahasa Melayu Darjah 2
Bahasa Cina Darjah 1
Sains Darjah 6
Sejarah Tingkatan 1
Bahasa Inggeris Darjah 1
Bahasa Iban Tingkatan 5