Profile Picture

Nor Farisya *******

(Bersemuka & Dalam Talian)

Sarjana Muda - English

Universiti Selangor (Bestari Jaya) (Telah Bergraduasi)

Kuala Lumpur, WP Kuala Lumpur

Fakulti Pendidikan

Jika berminat dengan tutor ini WhatsApp kami

WhatsApp Kami
Tentang Saya
Salam sejahtera. Nama saya Farisya, saya telah menamatkan pengajian dalam bidang Teaching English As A Second Language di akhir tahun 2019. Saya tidak mempunyai pengalaman yang banyak dalam mengajar secara formal kerana selepas tamat pengajian saya terus bekerja di dalam industri korporat. Tetapi dalam pekerjaan saya yang sekarang ini ada sedikit sebanyak berkaitan dengan ‘learning and development’. Pengalaman mengajar di peringkat sekolah rendah dan menengah juga masih segar di ingatan. English adalah mata pelajaran utama untuk kemahiran saya. Pengalaman mengajar pelajar yang lemah dan kini mereka berjaya melanjutkan pelajaran di peringkat pengajian tinggi, memberikan impak yang besar untuk saya kembali ke bidang pendidikan.
Teknik Pengajaran
Teknik pengajaran saya lebih kepada mengenali tahap seseorang pelajar itu dalam mengenali, memahami dan mengerjakan sesuatu tugasan yang diberikan. Teknik bermain dan hiburan semasa mengajar juga dapat menarik minat pelajar tapi saya akan pastikan ianya bersesuaian dengan tahap pelajar tersebut. Ini kerana, objektif di dalam kelas adalah untuk memastikan ilmu yang disampaikan itu dapat di aplikasikan oleh pelajar.
Subjek
Subjek Tahap
Membaca - BM Darjah 4, Darjah 5, Darjah 6, Tingkatan 4
Bahasa Inggeris Darjah 4, Darjah 5, Darjah 6, Tingkatan 3, Tingkatan 5, Dewasa, Tingkatan 4