Profile Picture

Muhammad Aqmal *******

(Dalam Talian)

Sarjana Muda - Pengurusan Sumber Manusia

Universiti Selangor (Shah Alam) (Telah Bergraduasi)

Senai, Johor

Jika berminat dengan tutor ini WhatsApp kami

WhatsApp Kami
Tentang Saya
Saya Sir Aqmal. Saya merupakan tutor yang berdedikasi dalam memastikan pemahaman murid-murid. Pengalaman saya sebagai seorang pensyarah, saya mendapati dalam mendidik pelajar, kita haruslah sentiasa menyelami minda murid-murid. Mereka lebih mudah faham jika perkara sesuatu itu berkait dengan perkara yang mereka minat. Subjek Bahasa Melayu dan Sejarah merupakan subjek major dalam pendidikan saya. Walaupun saya mengajar jurusan pengurusan kepada para pelajar diploma, saya aktif dalam membaca buku yang berkait dengan sejarah, geo-politik dunia dan ianya merupakan satu kepuasan jika saya dapat kongsikan kepada murid-murid. Daripada segi motivasi pelajar, saya tidak katakan saya yang terbaik, tetapi saya mampu untuk meningkatkan motivasi mereka dan telah saya buktikan dengan mengajar para pelajar Diploma saya. Jadikan saya tutor anda hari ini !
Teknik Pengajaran
Saya mengunakan kaedah didik hibur untuk memastikan mereka sentiasa peka dengan pelajaran saya. Ringkaskan setiap isi yang panjang kepada satu terma yang mudah difahami dan diingati. Saya juga akan memastikan setiap murid-murid yang belajar akan mendapat satu ilmu yang baru dari hasil pelajaran saya. Soal jawab semasa dalam pengajaran juga sering dipraktikan agar murid-murid dapat berkomunikasi dengan saya dengan selesa. Pemahaman murid-murid merupakan satu perkara yang penting dalam setiap pengajaran saya.
Subjek
Subjek Tahap
Sejarah Tingkatan 1, Tingkatan 2, Tingkatan 3, Tingkatan 4
Bahasa Melayu Darjah 4, Darjah 5, Darjah 6, Tingkatan 1