mytutor_mobile
Profile Picture

Mohd Fahruddin *******

(Dalam Talian)

Sarjana Muda - Pendidikan Islam

Universiti Pendidikan Sultan Idris (Telah Bergraduasi)

Tenom, Sabah

Fakulti Pendidikan

Jika berminat dengan tutor ini WhatsApp kami

WhatsApp Kami
Tentang Saya
Saya Cikgu Fahruddin. Saya merupakan graduan Pendidikan daripada Universiti Pendidikan Sultan Idris. Saya merupakan graduan yang mengambil jurusan Pendidikan Islam, manakala minor yang saya ambil adalah Pengajian Syariah. Saya mempunyai pengalamN dalam menjadi guru di sekolah. Saya pernah mengajar murid sekolah rendah (Sekolah Agama Negeri) dan murid sekolah menengah. Saya juga pernah menjadi guru Personal Mystep lantikan Kementerian Pendidikan Malaysia selama 3 bulan dan sekarang masih menunggu panggilan untuk temuduga jawatan pendidik DG41. Dalam pada itu, saya juga sedang melanjutkan pengajian saya yang seterusnya iaitu peringkat Sarjana (Master) dalam Pendidikan Islam. Akhir sekali, saya amat komited terhadap semua tugas dalam bidang pendidikan sama dari dari aspek pengurusan dan pengajaran.
Teknik Pengajaran
Saya mempunyai pelbagai teknik pengajaran yang boleh diaplikasi semas melaksanakan sesi pengajaran dan pembeljaran. Antaranya ialah mengaplikasikan pelbagai kaedah Pengajaran Abad ke-21 (PAK-21) dengan pelbagai variasi teknik dan kaedah. Antaranya ialah kaedah role-play, round table, Touch and Go, Fill in the blank, Fill in the Jar dan sebagainya. Tambahan pula, saya banyak menggunakan kaedah berpusatkan murid yang mana murid akan banyak berinteraksi berbanding guru sebagI satu kaedah mengasah pengetahuan dan pelbagai kemahiran yang ada pada murid
Subjek
Subjek Tahap
P. Islam Darjah 5, Darjah 6, Tingkatan 1, Tingkatan 2, Darjah 3, Darjah 1