Profile Picture

Nurul Anis *******

(Dalam Talian)

Sarjana Muda - Sains Pentadbiran

Universiti Teknologi MARA (Sungai Petani) (Telah Bergraduasi)

Kota Setar, Kedah

Jika berminat dengan tutor ini WhatsApp kami

WhatsApp Kami
Tentang Saya
Saya merupakan seorang tutor yang berdedikasi serta bersemangat tinggi dalam membantu anak didik terutama pelajar di era sekarang untuk memperoleh keputusan yang baik dan cemerlang. Saya seorang yang lembut hati namun juga seorang yang tegas dalam urusan yang sepatutnya saya menjadi tegas. Saya akan sentiasa memastikan anak didik saya mencapai keputusan dan matlamat mereka. Saya juga pandai mengambil hati pelajar terutama pelajar sekolah rendah dengan mengadakan selingan iaitu sedikit hiburan iaitu seperti sesi soal jawab /rehat diwaktu pengajaran supaya mereka tidak bosan dan mereka menyukai sesi pengajaran dan pembelajaran yang saya jalankan. Jadikan saya tutor anda hari ini.
Teknik Pengajaran
Saya akan menggunakan teknik hibur didik terutama bagi anak didik yang masih disekolah rendah kerana peringkat umur seperti mereka ini lebih cenderung kearah permainan. Sesi mengajar sambil bermain sesuai untuk mereka seperti menggunakan akronim/flashcard untuk membantu mereka mengingati sesuatu perkara dengan mudah. Saya juga menyediakan nota yang berwarna warni bagi kelas dalam talian supaya mereka lebih tertarik untuk belajar sewaktu sesi pengajaran dan pembelajaran bersama saya.
Subjek
Subjek Tahap
Bahasa Melayu Darjah 5, Darjah 6, Darjah 4
Sains Tingkatan 1, Darjah 6