Profile Picture

Putri Sarafina *******

(Bersemuka & Dalam Talian)

Sarjana Muda - Accounting

Universiti Kebangsaan Malaysia (Sedang Belajar)

Kulai Jaya, Johor

Jika berminat dengan tutor ini WhatsApp kami

WhatsApp Kami
Tentang Saya
Saya merupakan seorang yang teliti dalam setiap perkara, jadi saya akan pastikan anak didik sentiasa komited dan memberi sepenuh perhatian serta faham tentang apa yang dipelajari. Saya juga akan memberi panduan dan tunjuk ajar daripada awal hingga akhir, supaya anak didik tidak rasa keliru. Saya juga merupakan seorang yang bertanggungjawab. saya akan pastikan saya mengajar dengan penuh yakin dan berwibawa untuk memastikan anak didik faham dengan matapelajaran yang diajar.
Teknik Pengajaran
Teknik pengajaran saya, saya memilih untuk menggunakan formula yang ringkas tetapi padat dan amat sesuai untuk difahami murid.

Saya akan cuba mengajar dalam keadaan yang ceria dan tidak membosankan untuk mengelakkan anak didik mengantuk sewaktu tempoh pembelajaran.

saya merupakan generasi z, saya sangat memahami yang murid akan mudah mengantuk dan bosan di dalam class. Jadi, topik / mata pelajaran yang diajar saya akan pastikan saya berinteraksi dengan murid dan bukan hanya mengajar sahaja. saya akan pastikan minda mereka fokus di dalam kelas.
Subjek
Subjek Tahap
Matematik Tadika, Darjah 1, Darjah 2, Darjah 3, Darjah 4, Darjah 5, Darjah 6, Tingkatan 1, Tingkatan 2
Sains Tadika, Darjah 1, Darjah 2, Darjah 3, Darjah 4, Darjah 5, Darjah 6
Bahasa Melayu Tadika, Darjah 1, Darjah 2, Darjah 3, Darjah 4, Darjah 5, Darjah 6
Bahasa Inggeris Tadika, Darjah 1, Darjah 2, Darjah 3, Darjah 4, Darjah 5, Darjah 6
Perniagaan Tingkatan 4, Tingkatan 5
Prinsip Perakaunan Tingkatan 4, Tingkatan 5