Profile Picture

Muhammad Farih *******

(Bersemuka & Dalam Talian)

Sarjana Muda - Chemical Engineering

Universiti Malaysia Pahang (Kuantan) (Telah Bergraduasi)

Bukit Mertajam, Pulau Pinang

Jika berminat dengan tutor ini WhatsApp kami

WhatsApp Kami
Tentang Saya
Saya Muhammad Farih Zaidulkhir Bin Sakry, merupakan seorang Jurutera Alam Sekitar di Toray Plastics Malaysia Sdn. Bhd. Saya seorang yang sangat mencintai bahasa serta sejarah. Sejak belasan tahun sehingga sekarang saya masih giat menghasilkan puisi-puisi yang banyak memainkan keindahan bahasa. Namun, saya telah melanjutkan pelajaran dalam bidang sains kerana ingin memulihkan kekecewaan dimana saya mendapat keputusan D dalam mata pelajaran kimia & matematik tambahan untuk Sijil Pelajaran Malaysia. Saya telah berjaya menjadi mentor bagi subjek kimia di Matrikulasi serta mendapat keputusan yang memuaskan sehingga mendapat tawaran untuk melanjutkan sarjana muda dalam bidang Kejuruteraan Kimia. Saya berazam agar dapat memberi motivasi kepada anak didik saya bahawa betapa pentingnya menuntut serta beramal dengan ilmu untuk masa depan. Dengan segala pengalaman yang mendewasakan, saya akan membuka minda anak didik untuk jangan sesekali menyerah kalah dalam apa saja yang diperjuangkan.
Teknik Pengajaran
Teknik pengajaran yang saya gunakan adalah pertama sekali menarik minat pelajar tentang betapa seronoknya subjek yang diajar, sebagai contoh bercerita melalui lakonan dan jenaka. Kedua, adalah memastikan pelajar fokus iaitu dengan menggunakan bahasa tubuh sambil mengajar tidak hanya berkedudukan statik yang boleh menyebabkan pelajar mengantuk atau bosan. Dan yang ketiga, selepas selesai mengajar saya akan bersama-sama dengan pelajar menulis atau melukis balik apa yang diajar sebelum pulang agar mereka tidak hanya ingat dikepala malah dapat imbas kembali dalam penulisan.
Subjek
Subjek Tahap
Matematik Darjah 5
Bahasa Melayu Darjah 5, Tingkatan 1
Sains Darjah 5
Sejarah Darjah 5, Tingkatan 1
Sirah KAFA - Darjah 5
Pendidikan Seni Visual Tingkatan 1
Syariah Islamiah Tingkatan 1
P. Islam Darjah 3
Ulum syariah - Ibadah KAFA - Darjah 4
Adab ( Akhlak Islamiah) KAFA - Darjah 4