mytutor_mobile
Profile Picture

Aishah Nadia *******

(Bersemuka & Dalam Talian)

Sarjana(master) - Civil Engineering

University of Bristol (Telah Bergraduasi)

Kuala Kubu Baru, Selangor

Jika berminat dengan tutor ini WhatsApp kami

WhatsApp Kami
Tentang Saya
Saya Cikgu Aishah. Saya merupakan seorang tutor yang berdedikasi dan berpengalaman mengajar kelas tuisyen secara sambilan (part-time). Saya pernah mengajar pelajar dari sekolah rendah dan juga sekolah menengah dalam subjek Matematik, Matematik Tambahan, Sains, Kimia / Chemistry dan Fizik/Physics. Saya juga boleh mengajar Bahasa Mandarin (sekolah rendah) dan Bahasa Inggeris. Saya seorang yang peramah dan saya percaya pelajar akan selesa belajar dengan saya. Tambahan lagi, saya suka menggalakkan pelajar untuk bertanya dan memupuk kemahiran 'problem-solving' semasa dalam proses pengajaran dan pembelajaran, kerana saya percaya kemahiran ini sangat penting untuk jangka masa panjang. Jika anda percaya saya tutor yang sesuai untuk anak anda, hubungilah saya. Terima kasih.
Teknik Pengajaran
Teknik pengajaran akan bergantung kepada keupayaan para pelajar. Saya akan mengaplikasikan peta minda untuk menarik perhatian pelajar semasa pengajaran dan akan berkongsi cara membuat nota yang efektif serta teknik untuk memahamkan soalan. Saya akan bagi ruang masa untuk pelajar membuat latihan dan bertanyakan soalan, ini akan menggalakkan proses pembelajaran yang dua-hala dan memastikan pelajar memahami apa yang telah diajarkan. Matlamat utama saya untuk memastikan pelajar berasa seronok untuk belajar dan faham dengan apa yang diajarkan.
Subjek
Subjek Tahap
Matematik - Bahasa Cina Darjah 1
Bahasa Cina Darjah 1
Matematik Darjah 1, Tingkatan 3
Bahasa Inggeris Darjah 1
Bahasa Cina untuk SJKC Darjah 1
Sains - Bahasa Cina Darjah 1
Matematik Tambahan Tingkatan 5, Tingkatan 4
Fizik - DLP Bahasa Inggeris Tingkatan 5, Tingkatan 4
Fizik - Bahasa Melayu Tingkatan 5, Tingkatan 4
Kimia - DLP Bahasa Inggeris Tingkatan 4, Tingkatan 5
Kimia - Bahasa Melayu Tingkatan 4, Tingkatan 5
Sains Tingkatan 3