Profile Picture

Ummu Hanisah *******

(Dalam Talian)

Sarjana Muda - Bahasa Arab

Universiti Sultan Zainal Abidin (Kuala Nerus) (Sedang Belajar)

Gombak, WP Kuala Lumpur

Jika berminat dengan tutor ini WhatsApp kami

WhatsApp Kami
Tentang Saya
Saya Ummu Hanisah. Saya merupakan pelajar ijazah sarjana muda bahasa arab di Unisza. Pertama sekali, saya mempunyai pengalaman menjadi guru bahasa arab di kafa swasta di Kuala Lumpur selama beberapa bulan. Untuk pengalaman yang lebih meluas pada ketika ini , saya rasa saya tidak ada kerana saya tidak mempunyai kerja yang tetap memandangkan saya masih lagi seorang pelajar. Walaubagaimanapun, saya juga sedikit sebanyak mempunyai kelayakan di dalam bidang yang sedang saya pelajari pada masa ini. Saya juga berminat untuk menjadi guru tutor mengaji kepada sesiapa pelajar (terutamanya sekolah rendah) jika ada di antara mereka yang mahu menguasai ilmu tajwid dan membaca Al-Quran serta Iqra' secara tartil. Diharapkan saya diberi peluang untuk menjadi salah satu guru tutor part-timer di dalam Mytutor ini.
Teknik Pengajaran
Saya akan menggunakan teknik sama seperti guru guru di sekolah di mana adanya rancangan pengajaran harian sebelum memulakan pengajaran. Teknik ini sudah semestinta berkesan kerana guru tahu apa kemahiran dan tahap yang ingin diajarkan pada hari tersebut. saya juga akan memberikan latihan di penghujung kelas sama ada menggunakan laman kuiz seperti Quizziz atau Kahoot mahupun Google Form. Saya pasti murid akan lebih tertarik dengan teknik seperti yang dinyatakan dan di sini kita dapat menguji tahap pembelajaran mereka yang lebih berkesan.
Subjek
Subjek Tahap
Mengaji - Al-Quran Mengaji
Bahasa Arab KAFA - Darjah 4, KAFA - Darjah 3, KAFA - Darjah 1, KAFA - Darjah 2, KAFA - Darjah 5, Darjah 5
Lughatul Quran KAFA - Darjah 6