mytutor_mobile
Profile Picture

Nur Sahira *******

(Bersemuka & Dalam Talian)

Sarjana Muda - Industrial Chemical Technology

Universiti Sains Islam Malaysia (Telah Bergraduasi)

Bandar Baru Bangi, Selangor

Jika berminat dengan tutor ini WhatsApp kami

WhatsApp Kami
Tentang Saya
Saya sangat bersemangat untuk memulakan perjalanan saya sebagai guru online. Walaupun saya baru dalam dunia pengajaran dalam talian, saya penuh dengan minat dan keinginan untuk berkongsi pengetahuan dengan pelajar-pelajar dari pelbagai latar belakang. Saya memiliki latar belakang pendidikan dalam Kimia Industri, Engineering Matematik dan Sains.Selain itu, saya telah bekerja sebagai R&D Engineer selama setahun sebaik saja habis belajar yang memberi saya wawasan yang mendalam dalam Kimia, Engineering, Matematik dan Sains. Saya mahir dalam menggunakan berbagai platform e-learning seperti Microsoft Team, Zoom dan Google Meet, serta memiliki pengetahuan yang baik dalam penggunaan alat-alat teknologi yang berkaitan dengan pengajaran seperti Microsoft Word, Excel, Google Drive dan PPT. Saya yakin bahawa pendidikan adalah kunci untuk membina masa depan yang lebih baik, dan saya berazam untuk membantu setiap pelajar mencapai potensi penuh mereka melalui pendekatan pengajaran yang inovatif dan berorientasikan hasil.
Teknik Pengajaran
1) Pembelajaran Berpusatkan Pelajar: Saya akan menggunakan pendekatan ini dengan memberi tumpuan kepada keperluan dan minat pelajar. Dengan memahami gaya pembelajaran individu mereka, saya akan merancang aktiviti pembelajaran yang sesuai untuk memastikan pemahaman dan penghayatan yang lebih baik.
2) Teknologi dalam Pembelajaran: Saya akan mengintegrasikan teknologi secara kreatif dalam pengajaran saya. Melalui penggunaan platform e-pembelajaran, aplikasi, dan alat bantu pengajaran digital lain, saya akan mencipta pengalaman pembelajaran yang menarik dan interaktif bagi pelajar.
3) Pembelajaran Berterusan:Saya akan mengamalkan proses pembelajaran yang berterusan dengan memberikan maklum balas secara berterusan kepada pelajar dan menyesuaikan strategi pengajaran saya mengikut keperluan mereka. Ini penting untuk memastikan pembelajaran yang berkesan dan perkembangan yang berterusan dalam kemahiran dan pengetahuan mereka.
Subjek
Subjek Tahap
Mengaji - Iqra Tingkatan 4, Darjah 6, Darjah 1, Darjah 5
Matematik Tingkatan 4, Darjah 6, Darjah 1, Tingkatan 5, Tingkatan 2, Darjah 5
Sains Tingkatan 4, Darjah 6, Darjah 1, Tingkatan 5, Darjah 5
P. Islam Tingkatan 4, Darjah 6
Kimia - DLP Bahasa Inggeris Tingkatan 4
Mengaji - Al-Quran Tingkatan 4
Kimia - Bahasa Melayu Tingkatan 4, Tingkatan 5
Matematik - DLP Bahasa Inggeris Darjah 6
Membaca - BI Darjah 1
Membaca - BM Darjah 1
Bahasa Melayu Darjah 1
Bahasa Inggeris Darjah 1