mytutor_mobile
Profile Picture

Nurin Nazifa *******

(Dalam Talian)

Sarjana Muda - Pengajian Melayu

Institut Pendidikan Guru (Sedang Belajar)

Nilai, Negeri Sembilan

Institut Perguruan

Jika berminat dengan tutor ini WhatsApp kami

WhatsApp Kami
Tentang Saya
Saya merupakan seorang pelajar yang sangat komited dalam proses pembelajaran saya di Institusi Pendidikan Guru. Dengan ada nya peluang saya sebagai Tutor sedikit sebanyak memudahkan saya untuk mengaplikasi standard pembelajaran saya kepada anak-anak didik saya. Saya juga boleh menilai tahap kemampuan saya sebagai persediaan untuk menjadi seorang Guru yang Komited. Saya juga ingin berusaha untuk mendapatkan peluang dan pengalaman sebanyak yang mungkin dalam dunia pendidikan. Justeru, saya akan aplikasikan segala teknik pengajaran yang pernah saya belajar kepada anak didik saya.
Teknik Pengajaran
Seperti yang Tuan/Puan sedia maklum, saya meminta untuk menjadi Tutor secara dalam talian. Jadi, segala pengajaran akan diadakan secara 'live streaming'. Aplikasi-aplikasi seperti Google Meet, Meeting Zoom, Streamyard dan sebagainya akan digunakan mengikut kesesuaian anak didik dan fleksibiliti saya sebagai Tutor. Saya juga akan memberikan 'hands on' secara dalam talian menggunakan 'learning tools' yang dibuat. Sebagai contoh, aplikasi quiziz, world wall dan sebagainya. Ini bagi memastikan pelajar seronok belajar secara dalam talian.
Subjek
Subjek Tahap
Matematik Darjah 3, Darjah 6
Membaca - BM Darjah 3
Bahasa Melayu Darjah 3
Jawi Darjah 3
Mengaji - Al-Quran Darjah 6