Profile Picture

Syafiqah Binti *******

(Dalam Talian)

Sarjana Muda - Pendidikan Bahasa Melayu/ Sejarah

Institut Pendidikan Guru (Sedang Belajar)

Keningau, Sabah

Institut Perguruan

Jika berminat dengan tutor ini WhatsApp kami

WhatsApp Kami
Tentang Saya
Saya cikgu Syafiqah. Saya merupakan pelajar Institut Pendidikan Guru, mengambil opsyen Bahasa Melayu sebagai subjek major manakala subjek sejarah sebagai minor. Saya mempunyai pengalaman mengajar murid-murid sekolah rendah dalam subjek bahasa Melayu dan Sejarah bagi murid tahun 5 dan 6. Namun begitu, saya juga fleksibel untuk mengajar murid-murid tahap 1 yang mempunyai masalah membaca, menulis, mendengar dan sebagainya. Saya amat berdedikasi untuk memastikan murid faham dengan subjek yang diajar dengan cemerlang.
Teknik Pengajaran
Teknik pengajaran yang biasa saya aplikasikan ialah didik hibur dan latih tubi. Selain itu, saya akan melihat kepada kecenderungan murid dalam menerima isi pembelajaran yang sesuai dengan diri mereka agar proses pengajaran dan pembelajaran lebih teratur dan efektif. Saya juga lebih suka pendekatan untuk mesra dengan murid dan bukanlah seorang yang garang. Pendekatan ini supaya murid lebih selesa semasa menimba ilmu.
Subjek
Subjek Tahap
Bahasa Melayu Darjah 1, Darjah 2, Darjah 3, Darjah 4, Darjah 5, Darjah 6
Sejarah Darjah 6, Darjah 5
Prasekolah - 3M Tadika