mytutor_mobile
Profile Picture

Sitinurain Binti *******

(Dalam Talian)

Sarjana Muda - Science

Universiti Malaysia Sabah (Kota Kinabalu) (Telah Bergraduasi)

Bandar Baru Bangi, Selangor

Jika berminat dengan tutor ini WhatsApp kami

WhatsApp Kami
Tentang Saya
Saya Ain. Saya merupakan lepasan ijazah sarjana muda dalam bidang sains makanan dan pemakanan. Saya juga merupakan bekas pelajar sekolah berasrama penuh integrasi gombak dan sering menjadi tutor bagi pelajar-pelajar lain semasa di sekolah. Saya amat meminati dunia pendidikan sehinggakan saya sering membantu saudara-saudara yang akan menduduki peperiksaan. Saya juga mampu dalam meningkatkan motivasi dan disiplin dalam kalangan pelajar. Nak anak skor cemerlang serta tingkatkan keyakinan anak anda? Hubungi saya hari ini
Teknik Pengajaran
Sepanjang pengalaman saya membantu dalam pengajaran dan pembelajaran, saya sering menerapkan prinsip "fun-learning". Saya sering mencari idea untuk menarik minat pelajar bagi membolehkan mereka bersemangat dalam mempelajari sesuatu mata pelajaran di samping dapat skor yang tinggi. Saya mementingkan keseronokan dalam pembelajaran bagi mengelakkan rasa tertekan dan terpaksa dalam menimba ilmu. Dengan prinsip ini, pelajar yang dilahirkan bukan sahaja berjaya dalam pelajaran malah dapat memupuk minat mereka untuk tidak jemu menimba ilmu.
Subjek
Subjek Tahap
Sains Darjah 4, Darjah 5, Darjah 6
Matematik Darjah 4, Darjah 5, Darjah 6