Profile Picture

Muhammad Fateh *******

(Online & Physical)

Sarjana Muda - Sejarah

Institut Pendidikan Guru (Graduated)

Kukup, Johor

Institut Perguruan

Tutor Training

WhatsApp Us If Interested

WhatsApp Kami
About Me
Saya merupakan seorang tutor yang bersemangat tinggi dan berjiwa kental dalam membantu anak murid saya untuk mendapatkan peluang pendidikan yang terbaik. Saya mempunyai kemahiran mengajar yang baik. Saya akan sentiasa membantu anak murid saya untuk menyelesaikan permasalahan yang dihadapi semasa sesi pembelajaran berlangsung. Saya juga gemar memberi pendedahan-pendedahan baharu seperti kaedah dan teknik belajar yang berkesan dalam proses pembelajaran agar mereka mempunyai motivasi yang tinggi untuk belajar. Jadikan saya tutor anda hari ini!
Teaching Method(s)
Saya sering menggunakan kaedah pembelajaran masteri terutamanya dalam mata pelajaran Sejarah. Pembelajaran masteri merujuk kepada pendekatan pengajaran dan pembelajaran yang berfokuskan penguasaan murid dalam sesuatu perkara yang diajar. Latihan berbentuk latih tubi yang diberikan membantu murid untuk memahami dan menguasai tajuk pelajaran secara konsisten. Selain itu, saya juga menggunakan kaedah pembelajaran kontekstual di mana proses pembelajaran akan dikaitkan dengan situasi dan konteks semasa. Teknik ini berupaya meningkatkan tahap pemahaman murid dengan lebih bermakna melalui perkaitan yang dilakukan dalam pembelajaran.
Subject
Subject School Level
Matematik Darjah 4, Darjah 5, Darjah 6
Sejarah Darjah 4, Darjah 5, Darjah 6, Tingkatan 4, Tingkatan 5