Profile Picture

'aisyah Farhana *******

(Dalam Talian)

Sarjana Muda - Pendidikan Islam

Universiti Pendidikan Sultan Idris (Sedang Belajar)

Banting, Selangor

Fakulti Pendidikan

Jika berminat dengan tutor ini WhatsApp kami

WhatsApp Kami
Tentang Saya
Saya Ustazah Aisyah. Saya merupakan seorang tutor berpengalaman 5 tahun dalam mengajar Al-Quran kepada kanak-kanak dan juga orang dewasa. Tiada permulaan yang mudah dalam menuntut ilmu, maka saya berupaya mengajar bermula Iqra' sehinggalah pelajar mahir segala hukum tajwid dan mampu membaca Al-Quran dengan lancar. Subjek Pendidikan Islam merupakan major saya bagi pelajar sekolah menengah. Saya turut mengajar dalam bidang KAFA bagi anak-anak sekolah rendah kerana mempunyai pengalaman mengajar di bawah JAIS. Berkemahiran dalam menyusun kaedah mengajar yang menarik dan penilaian berupa gamifikasi supaya pelajar sentiasa fokus dan memahami apa yang disampaikan. Saya juga pakar menyediakan nota ringkas yang memudahkan untuk mengulangkaji sehingga meningkatkan prestasi pelajar. Inginkan anak-anak skor cemerlang serta tingkatkan kemahiran mereka? Atau memerlukan guru bagi menyemak bacaan Al-Quran? Hubungi saya sekarang.
Teknik Pengajaran
Sebagai penuntut Universiti Pendidikan saya mendapat pendedahan berkenaan teknik pengajaran yang sesuai dilaksanakan bagi meningkatkan prestasi pelajar. Salah satunya saya menerapkan teknik yang sesuai mengikut gaya pembelajaran anak-anak anda. Saya mengutamakan kaedah masteri iaitu pelajar perlu menguasai pelajaran dengan kaedah-kaedah yang disediakan sebelum bertukar ke topik seterusnya. Saya turut membantu pelajar dengan teknik menyanyi dan bernasyid untuk beberapa pelajaran yang sesuai. Bagi subjek Al-Quran, saya mendedahkan pelajar kepada Tadabbur intipati surah-surah serta mempunyai modul tajwid yang berkualiti boleh dijadikan panduan apabila membaca Al- Quran di rumah.
Subjek
Subjek Tahap
Mengaji - Al-Quran Mengaji
UPKK Darjah 5
Asas Fardhu Ain Dewasa
Tilawah Al-Quran KAFA - Darjah 5, KAFA - Darjah 6, KAFA - Darjah 4
Hafazan KAFA - Darjah 3, KAFA - Darjah 5, KAFA - Darjah 4, KAFA - Darjah 6
Mengaji - Al-Quran Dewasa
Bahasa Arab KAFA - Darjah 3, KAFA - Darjah 4