Profile Picture

Nor Hafizah *******

(Dalam Talian)

Sarjana Muda - Bachelor Of Science (Hons). Mathematics

Universiti Teknologi MARA (Shah Alam) (Sedang Belajar)

Ampang, Selangor

Fakulti Pendidikan

Jika berminat dengan tutor ini WhatsApp kami

WhatsApp Kami
Tentang Saya
Saya Nor Hafizah Aishah, berumur 21 tahun dan juga merupakan pelajar dari Universiti Teknologi Mara Shah Alam. Saya amat meminati subjek matematik sejak di bangku sekolah lagi oleh kerana itu saya memilih untuk mengambil kursus matematik di Universiti. Cita-cita saya sememangnya ingin menjadi tenaga pengajar dan berhasrat untuk menyambung DPLI selepas tamat pengajian di Universiti Teknologi Mara. Hasrat saya untuk menjadi seorang tutor adalah untuk meningkatkan lagi ilmu saya dalam bidang matematik dengan berkongsi ilmu yang saya ada dengan pelajar-pelajar di luar sana. Saya juga ingin memastikan pelajar mendapatkan keputusan yang cemerlang demi masa hadapan mereka. Mahukan anak anda hebat dalam Matematik? Sila hubungi saya.
Teknik Pengajaran
Teknik pengajaran saya adalah dengan memberi latih tubi secukupnya kepada murid memandangkan subjek matematik memerlukan pengetahuan asas untuk menjadikan mereka hebat dalam matematik. Selain itu saya akan memberikan contoh-contoh soalan kepada mereka dan melakukan soalan tersebut semasa di dalam kelas bersama saya. Memandangkan saya juga merupakan seorang pelajar, saya juga mengaplikasikan teknik didik hibur dalam mencapai objektif pembelajaran supaya mereka rasa seronok untuk menuntut ilmu.
Subjek
Subjek Tahap
Matematik Darjah 6, Tingkatan 1, Tingkatan 3, Tingkatan 2