Profile Picture

Fakhrul Aimanulhakim *******

(Bersemuka & Dalam Talian)

Diploma / Stpm - Medical Laboratory Technology

Mahsa University (Telah Bergraduasi)

Gombak, Selangor

Jika berminat dengan tutor ini WhatsApp kami

WhatsApp Kami
Tentang Saya
Saya memegang sijil 'Diploma In Medical Laboratory Technology' dan sedang menjalankan kursus 'Degree in Medical laboratory Science'. Saya berpengalaman bekerja didalam Makmal Pathologi Hospital Pulau Pinang, Hospital Ampang dan Hospital Tunku Chanselor Mukhriz. Saya amat mementingkan kefahaman pelajar dalam memahami topik yang komplex. Saya percaya murid bukan lah 'tin' yang kosong, pengetahuan yang sedia ada pada seseorang itu ada dapat ditambah dan diperbaiki dengan banyak cara yang lebih menarik.
Teknik Pengajaran
Saya menggunakan tenknik :
1. Bercerita
Teknik ini dapat menyentuh pelajar dari aspek emosi, imaginasi dan kreativiti pelajar tersebut. Secara tidak langsung, dapat menarik minat pelajar untuk mengetahui lebih lanjut.

2. Visual
Bantuan dari segi visual juga akan diberikan supaya dapat membantu pelajar berimaginasi dan melihat lebih jelas.

3. Sumbang saran atau Brain storm
Sumbang saran dapat membantu pelajar mengasah pemikiran mereka dan mereka dapat melihat kepentingan sesebuah topik itu.

4. Diskusi
Salah sebuah teknik yang jarang dilakukan kerana susah tetapi dapat memberi impak yang sangat besar kepada pelajar dalam menguasai ilmu yang telah dipelajarinya. Teknik ini juga dapat meningkatkan keyakinan dan dapat memastikan seseorang pelajar itu menguasai sesebuah subjek dengan cemerlang. Secara tidak langsung, pelajar dapat menjawab soalan peperiksaan dengan mudah. Tambahan pula, kefahaman itu akan tertanam di dalam diri pelajar dan dapat membesar bersama mereka untuk menjadi seorang yang berilmu.
Subjek
Subjek Tahap
Biologi - Bahasa Melayu Tingkatan 4, Tingkatan 5
Biologi - DLP Bahasa Inggeris Tingkatan 4, Tingkatan 5
Sains Tingkatan 1