Profile Picture

Siti Khadijah *******

(Bersemuka & Dalam Talian)

Sarjana Muda - Statistik

Universiti Teknologi MARA (Machang) (Telah Bergraduasi)

Pekan, Pahang

Jika berminat dengan tutor ini WhatsApp kami

WhatsApp Kami
Tentang Saya
Saya Cikgu Dija. Saya merupakan seorang guru di sekolah antarabangsa. Saya mempunyai ijazah sarjana muda dalam Statistik dan diploma pendidikan umum. Subjek yang diajar adalah subjek Matematik bagi murid menengah rendah. Misi saya cuma satu, untuk menghasilkan lebih ramai murid yang minat dan faham akan subjek Matematik. Konsep pembelajaran saya, belajar sehingga faham. Jadi, jika anda mahu anak bijak Matematik, boleh hubungi saya.
Teknik Pengajaran
Teknik pengajaran saya adalah mengukuhkan fahaman asas tentang Matematik. Setelah berjaya, barulah saya akan meneruskan dengan topik yang seterusnya. Saya sering menggunakan kepelbagaian dalam kelas bagi mengelakkan murid merasa bosan atau tidak berminat untuk belajar. Saya juga menggunakan teknik dua hala yang mana kuiz akan diadakan selama 5 sehingga 10 minit sebelum kelas bermula, dan akan ada sesi soal jawab sebelum kelas berakhir. Ini adalah untuk memastikan murid faham akan konsep dan tahu bila harus digunakan.
Subjek
Subjek Tahap
Matematik Tingkatan 1, Tingkatan 2, Tingkatan 3, Darjah 6, Darjah 5, Darjah 4, Darjah 3, Cambridge - Tahun 7, Cambridge - Tahun 8, Cambridge - Tahun 3, Cambridge - Tahun 6