mytutor_mobile
Profile Picture

Abdul Razak *******

(Bersemuka & Dalam Talian)

Sarjana Muda - Ijazah Sarjana Muda Perguruan Bidang Pendidikan Islam

Institut Pendidikan Guru (Telah Bergraduasi)

Kulim, Kedah

Institut Perguruan

Jika berminat dengan tutor ini WhatsApp kami

WhatsApp Kami
Tentang Saya
Assalamualaikum,saya Cikgu Razak. Saya merupakan seorang guru yang berdedikasi dan berpengalaman selama 8 tahun dalam mendidik pelajar sekolah rendah. Dan berpengalaman selama 4 tahun sebagai tutor serta guru tuisyen seacara berkumpulan dan perseorangan. Subjek Pendidikan Islam bidang Al-Quran merupakan subjek major saya dalam dunia pendidikan, manakala bahasa Melayu dan Sejarah merupakan subjek minor. Berkemahiran dalam penyusunan modul dan kepelbagaian teknik pengajaran menjadikan saya seorang pendidik yang dapat melahirkan ramai pelajar berjaya. Saya juga sering mengendalikan kelas-kelas tambahan dan pengajaran personal dirumah untuk semua peringkat umur.
Teknik Pengajaran
Berpengalaman selama 8 tahun dalam industri pendidikan, saya menerapkan teknik-teknik yang menarik bergantung kepada keupayaan para pelajar. Saya juga mengaplikasikan teknik didik hibur dalam mencapai objektif pembelajaran.
Pendekatan Talaqqi Musyafahah secara berdepan merupakan teknik yang sering digunakan dan kepakaran saya untuk pengajaran Al-Quran dan juga Iqra. Disamping pembelajaran tajwid bagi setiap pengajaran yang diajar.
Manakala,Pendekatan peta minda merupakan kepakaran saya bergantung kepada keperluan subjek Sejarah. Pelbagai pendekatan saya gunakan untuk memastikan para pelajar berupaya memahami ilmu yang diajar.
Subjek
Subjek Tahap
Mengaji - Al-Quran Darjah 6, Darjah 4
Mengaji - Iqra Darjah 1, Darjah 2, Darjah 3, Darjah 4, Darjah 5, Darjah 6
Mengaji - Al-Quran Dewasa
Sejarah Tingkatan 4, Tingkatan 5