Profile Picture

Fatima Az *******

(Bersemuka & Dalam Talian)

Sarjana Muda - Computer Science (Data Engineering)

Universiti Teknologi Malaysia (Skudai) (Telah Bergraduasi)

Shah Alam, Selangor

Jika berminat dengan tutor ini WhatsApp kami

WhatsApp Kami
Tentang Saya
Saya Cikgu Fatima. Saya merupakan seorang tutor yang sangat supportive dan happy-go-lucky dengan pengalaman tutor selama 1 tahun lebih. Sewaktu masih memegang gelaran "Pelajar", saya telah melibatkan diri sebagai tutor robotik dan DIY Robot di sebuah syarikat robotik. Subjek major saya adalah dalam Sains Komputer dan Matematik adalah subjek minor saya. Berkemahiran dalam menguatkan asas pengetahuan pelajar bersama modul pembelajaran yang interaktif menjadikan saya seorang cikgu part-time yang cemerlang. Saya juga pakar dalam meningkatkan motivasi dan disiplin dalam kalangan pelajar. Nak anak skor cemerlang serta tingkatkan keyakinan anak anda? Hubungi saya hari ini.
Teknik Pengajaran
Dengan pengalaman yang ada, saya menerapkan 2-way communication dalam kelas saya. Saya juga menerapkan prinsip "pelajar yang hadir adalah pelajar yang mahu belajar" di mana sekecil-kecil pencapaian pelajar akan dihargai tanpa membandingkan tahap pemahaman mereka. Saya juga menerapkan teori dalam kehidupan sebenar supaya pelajar bukan hanya sekadar memahami dan menghafal teori, akan tetapi dapat mengaplikasikan konsep dalam kehidupan sebenar supaya kemahiran menyelesaikan masalah mereka dipelbagaikan dan dapat ditambah baik. Kepuasan anak-anak dalam mencapai kecemerlangan merupakan visi saya sebagai pendidik.
Subjek
Subjek Tahap
Asas Sains Komputer Tingkatan 1, Tingkatan 2, Tingkatan 3
Matematik Universiti - Diploma, Tingkatan 2, Tingkatan 1, Darjah 6
Matematik Dewasa
Mengaji - Al-Quran Dewasa