mytutor_mobile
Profile Picture

Nurul Farahana *******

(Dalam Talian)

Sarjana Muda - Pengurusan Pengajian Polisi

Universiti Malaysia Terengganu (Sedang Belajar)

Kuala Terengganu, Terengganu

Jika berminat dengan tutor ini WhatsApp kami

WhatsApp Kami
Tentang Saya
Hi assalamualaikum. Perkenalkan saya seorang tutor bagi pelajar prasekolah. Saya gemarkan kanak kanak yang rajin mencari peluang untuk menambah ilmu pengetahuan. Saya juga merupakan tutor yang suka mendidik pelajar yang sedang membesar bagi memberi pendedahan kepada pelajar bahawa pentingnya ilmu bahasa melayu dan jawi. Pilih lah saya sebagai tutor anda bermula hari ini supaya dapat membentuk pemikiran yang berwawasan untuk generasi baru.
Teknik Pengajaran
Saya memilih teknik pengajaran melalui sesi dalam talian. Hal ini bagi memudahkan proses mengisi masa terluang pelajar dengan belajar membaca dengan betul dan tepat. Memandangkan generasi baru ini suka menggunakan gadget sebagai alat untuk bermain, dengan teknik mengajar secara dalam talian ini dapat memanfaatkan kehidupan seharian mereka dengan menambah ilmu pengetahuan. Saya juga akan menambah lawak dalam sesi belajar agar setiap pelajar tidak merasa bosan sepanjang tempoh pembelajaran berlangsung.
Subjek
Subjek Tahap
Membaca - BM Tadika
Jawi Tadika