Profile Picture

Nur Dhania *******

(Dalam Talian)

Sarjana Muda - Teknologi Maklumat / Sains Komputer

Universiti Pendidikan Sultan Idris (Sedang Belajar)

Merlimau, Melaka

Jika berminat dengan tutor ini WhatsApp kami

WhatsApp Kami
Tentang Saya
Saya adalah seorang yang baru dalam bidang pengajaran tetapi telah memperoleh pengalaman praktikal sebagai guru praktikal di sekolah. Pengalaman ini telah memberi saya peluang untuk terlibat secara langsung dalam proses pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah.Walaupun pengalaman saya adalah terhad, saya telah menghargai nilai-nilai kesabaran, kerjasama, dan dedikasi yang diperlukan untuk menjadi seorang pendidik yang berkesan. Saya yakin bahawa pengalaman saya sebagai guru praktikal memberikan landasan yang kukuh untuk saya memulakan kerjaya saya sebagai seorang tutor. Saya berharap untuk terus menimba pengalaman dan belajar dari setiap peluang yang diberikan kepada saya. Saya percaya bahawa dengan semangat belajar yang tinggi dan komitmen untuk membantu anak-anak mencapai kejayaan dalam pendidikan mereka, saya mampu memberikan sokongan yang diperlukan untuk perkembangan mereka.Saya berharap dapat memperoleh peluang untuk menjadi sebahagian daripada perjalanan pendidikan anak-anak anda dan membantu mereka mencapai potensi maksimum mereka.
Teknik Pengajaran
Teknik pengajaran yang akan digunakan adalah pengajaran berasaskan permainan digital. Hal ini kerana, pada pendapat saya pembelajaran yang hanya menggunakan kaedah penerangan sahaja akan menimbulkan kebosanan terhadap pelajar. tambahan lagi, pelajar kini lebih gemar dengan permainan, jadi dengan menerapkan pembelajaran berasaskan permainan digital ini akan dapat menarik minat pelaajr untuk kekal fokus sepanjang pengajaran berlangsung. Oleh itu, terdapat berberapa tapak yang boleh digunakan antaranya ialah wordwall, kahoot, minecraft, blooket dan banyak lagi. dengan ini pelaajr akan lebih gembira dan bersemangat untuk menuntu ilmu.
Subjek
Subjek Tahap
Bahasa Melayu Darjah 4, Darjah 1, Darjah 2, Darjah 3
Matematik Darjah 2, Darjah 1, Darjah 3
Reka Bentuk dan Teknologi Darjah 5
Asas Sains Komputer Tingkatan 1, Tingkatan 2, Tingkatan 3