Profile Picture

Nur Syafiza *******

(Bersemuka & Dalam Talian)

Sarjana Muda - Sejarah

Universiti Malaysia Sabah (Kota Kinabalu) (Telah Bergraduasi)

Kota kinabalu, Sabah

Jika berminat dengan tutor ini WhatsApp kami

WhatsApp Kami
Tentang Saya
Saya Nur Syafiza. Saya merupakan seorang lepasan Ijazah Sarjana Muda dan telah bergraduasi pada bulan Disember 2023 yang lepas. Saya mempunyai kemahiran dan pengetahuan yang mendalam dalam subjek Sejarah. Hal ini kerana, saya telah mengambil kursus sejarah semasa dalam ijazah sarjana muda yang lepas dan mendapat pngk 3.59 untuk keseluruhannya. Tambahan pula, saya juga telah mengambil subjek sejarah dalam Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) yang lalu. Saya telah mendapat subjek A- untuk sejarah. Oleh itu, saya berharap agar dapat diberi peluang untuk menimba pengalaman baru disamping mengisi kekosongan masa yang ada untuk waktu sekarang.
Teknik Pengajaran
Teknik pengajaran yang saya akan aplikasikan adalah melalui kemahiran dan pembelajaran yang telah saya pelajari semasa dalam STPM dan Ijazah Sarjana Muda. Saya akan cuba yang terbaik untuk mengemaskini teknik pengajaran saya dari masa ke semasa. Dalam hal ini, saya akan menerapkan teknik-teknik yang menarik dan pelbagai bergantung kepada keupayaan para pelajar. Selain itu, saya turut mengaplikasikan teknik pendidikan yang meliputi hiburan dengan tujuan untuk menarik minat para pelajar. Sebagai contoh, menggunakan peta minda dan bahan bantu mengajar yang berkaitan. Pengalaman saya dalam mendalami teknik pengajaran belum begitu menyeluruh, namun saya akan teruskan pelbagai teknik yang mendatang dengan lebih efektif dan boleh diterima oleh para pelajar.
Subjek
Subjek Tahap
Bahasa Melayu Darjah 1, Darjah 2, Darjah 3, Darjah 4, Darjah 5, Darjah 6
Sains Darjah 1, Darjah 2, Darjah 3, Darjah 4, Darjah 5, Darjah 6
Sejarah Darjah 4, Darjah 5, Darjah 6, Tingkatan 1, Tingkatan 2