Profile Picture

Jude Russel *******

(Dalam Talian)

Sarjana Muda - Pendidikan Sains Sukan

Universiti Teknologi Malaysia (Skudai) (Sedang Belajar)

Skudai, Johor

Fakulti Pendidikan

Jika berminat dengan tutor ini WhatsApp kami

WhatsApp Kami
Tentang Saya
Saya Cikgu Jude. Saya merupakan seorang tutor yang berdedikasi dan berpengalaman dalam mendidik pelajar sekolah menengah. Subjek sains sukan merupakan subjek major saya dalam dunia pendidikan, manakala sains komputer merupakan subjek minor. Walaupun subjek major saya lain daripada yang lain, namun saya boleh juga mengajar bagi subjek sains sekolah rendah sehingga sekolah menengah tingkatan 3. Saya juga pakar dalam meningkatkan motivasi dan disiplin dalam kalangan pelajar. Nak anak skor cemerlang serta tingkatkan keyakinan anak anda? Hubungi saya hari ini.
Teknik Pengajaran
Bagi pendapat saya , pengajaran yang baik adalah pengajaran yang dapat menarik minat pelajar untuk belajar sesuatu subjek. Untuk memastikan pendekatan ini berjaya , amat penting untuk saya menerapkan pembelajaran berasaskan aktiviti dan berpusatkan murid. Saya juga mengaplikasikan teknik didik hibur dalam mencapai objektif pembelajaran. Pendekatan peta minda merupakan kepakaran saya bergantung kepada keperluan subjek. Pelbagai pendekatan saya gunakan untuk memastikan para pelajar berupaya memahami ilmu yang diajar. Kepuasan anak-anak dalam mencapai kecemerlangan merupakan visi saya sebagai pendidik.
Subjek
Subjek Tahap
Sains Darjah 6, Darjah 5, Darjah 4, Darjah 3, Tingkatan 1, Tingkatan 2, Tingkatan 3
Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan Darjah 4, Darjah 5, Darjah 6, Tingkatan 1, Tingkatan 2, Tingkatan 3