Profile Picture

Abdul Hazwan *******

(Bersemuka & Dalam Talian)

Sarjana Muda - Sains Aktuari Dan Pengurusan Risiko

Universiti Sains Islam Malaysia (Telah Bergraduasi)

Bayan Lepas, Pulau Pinang

Jika berminat dengan tutor ini WhatsApp kami

WhatsApp Kami
Tentang Saya
Saya Cikgu Hazwan . Saya merupakan seorang tutor yang berdedikasi dan berpengalaman selama 1 tahun dalam mendidik pelajar sekolah rendah dan sekolah menengah. Subjek Matematik merupakan subjek major saya dalam dunia pendidikan, manakala Bahasa Melayu merupakan subjek minor. Berkemahiran dalam penyusunan modul menjadikan saya seorang pendidik yang dapat melahirkan ramai pelajar cemerlang. Saya pandai mengajar murid dan pelajar yang diselangi dengan gelak tawa membuatkan mereka suka untuk belajar. Nak anak skor cemerlang serta tingkatkan keyakinan anak anda? Hubungi saya hari ini.
Teknik Pengajaran
Teknik Mengajar saya adalah santai dan kena dengan jiwa muda pelajar dan murid. Kadang tidak perlu berkeras dengan pelajar. Itu membuatkan mereka lebih tertekan. Saya suka memberi mereka latihan dan diselangi dengan gelak tawa. Ini membuatkan mereka lebih semangat utk belajar. Pelajaran Matematik seharusnya dilakukan dengan latih tubi yang luar biasa dan ia memerlukan fokus yang tinggi bagi pelajar. Oleh itu, dengan teknik yang saya gunakan buatkan mereka lebih bersemangat dan fokus utk membuat latihan yang diberikan. Kepuasan anak-anak dalam mencapai kecemerlangan merupakan visi saya sebagai pendidik.
Subjek
Subjek Tahap
Membaca - BM Darjah 1, Darjah 2, Darjah 5
Matematik Darjah 5, Darjah 6, Tingkatan 1, Tingkatan 2, Tingkatan 3, Tingkatan 4, Tingkatan 5, IGCSE MRSM - Tingkatan 1, Cambridge - Tahun 6
Mengaji - Iqra Darjah 6
Mengaji - Al-Quran Tingkatan 1, Tingkatan 2, Tingkatan 3, Tingkatan 4, Tingkatan 5
Sains Tingkatan 3
Matematik Tambahan Tingkatan 5