Profile Picture

Nurul Nafisa *******

(Dalam Talian)

Sarjana Muda - Tesol

Universiti Sains Malaysia (Georgetown) (Sedang Belajar)

Kulim, Kedah

Fakulti Pendidikan

Tutor Training

Jika berminat dengan tutor ini WhatsApp kami

WhatsApp Kami
Tentang Saya
Hi, nama saya teacher Nafisa. Saya merupakan seorang tutor yang sentiasa bersemangat untuk mendidik pelajar suka akan subjek English. Sebagai seorang pelajar dalam jurusan Teaching English to Speakers of Other Language (TESOL) , saya ingin mengaplikasikan apa yang telah saya belajar seperti tips dalam English kepada pelajar. Di samping itu, saya juga pernah mengajar subjek English kepada rakan-rakan yang lemah dalam subjek Bahasa Inggeris sewaktu di Sekolah Menengah dan di Tingkatan Enam. Bukan itu sahaja, saya juga berkebolehan dalam mengajar subjek Bahasa Melayu serta mampu untuk berkongsi cara untuk skor dalam subjek Bahasa Melayu. Saya sangat suka mengajar dan saya juga seorang yang penyabar dalam menyampaikan ilmu. Melalui pengalaman dan kemahiran yang ada, saya yakin dapat membantu para pelajar di luar sana untuk skor. Jom skor English dan Bahasa Melayu dalam peperiksaan !
Teknik Pengajaran
Mengajar mengikut silibus terkini serta bergantung kepada keperluan seseorang pelajar. Saya akan mengaplikasikan teknik Pembelajaran Abad 21 yang telah saya pelajari serta mengajar menggunakan pelbagai teknik antaranya Activating Prior Knowledge bagi memastikan pelajar mengimbas semula pelajaran atau bab yang telah mereka pelajari sebelum memulakan pengajaran. Teknik ini dapat membantu pelajar menghubung kait bab atau pelajaran yang lepas dengan pembelajaran yang terkini. Di samping itu bagi menambahkan lagi kefahaman pelajar, saya akan selitkan soalan menggunakan web seperti Quizziz dan sebagainya. Melalui teknik-teknik pembelajaran yang mengikut peredaran semasa , saya yakin pembelajaran akan menjadi lebih berkesan.
Subjek
Subjek Tahap
Bahasa Melayu Tingkatan 1, Darjah 5
Bahasa Inggeris Tingkatan 1, Darjah 3
Membaca - BI Darjah 1
Mengaji - Al-Quran Mengaji
Bahasa Arab Darjah 2