Profile Picture

Irsyad Azraei *******

(Online)

Sarjana Muda - Science Computer - Networking

Universiti Teknologi MARA (Shah Alam) (Ongoing Study)

Kajang, Selangor

WhatsApp Us If Interested

WhatsApp Kami
About Me
Saya merupakan seorang tutor yang teruja untuk mengajar orang lain terutamanya apabila berkaitan dengan bidang sejarah atau pengajian islam. Saya pelajar daripada jurusan sains komputer namun saya banyak menyertai kelas-kelas agama luar yang bersijil. Saya mempunyai sijil dalam bidang Fardhu Ain, Fiqh & Usul, Takhrij Hadis, Quran Sunnah USIM serta beberapa sijil bersanad bagi kitab akidah dan hadis. Saya yakin dengan sedikit kemahiran yang saya telah perolehi, saya mampu mengajar anak-anak murid bagi memperkukuh asas mereka terutama dalam Fardhu Ain. Selain subjek pendidikan islam, saya juga teruja untuk mengajar subjek sejarah pada anak murid. Saya seorang yang tegas namun masih boleh beramah mesra dengan anak murid. Saya akan mengajar sehingga anak murid saya betul-betul memahami apa yang dipelajari. Ambil saya sebagai tutor anda hari ini!
Teaching Method(s)
Teknik pengajaran yang saya akan gunakan ialah Pembelajaran Masteri. Selain itu, saya akan membuat aktiviti yang menghiburkan anak-anak murid seperti membuat kuiz menggunakan platform Quizziz atau Kahoot. Ini bagi menguji kefahaman mereka berdasarkan apa yang mereka telah pelajari dalam cara yang menyeronokkan. Nota pelajaran juga akan saya sediakan dalam bentuk yang mudah bagi mereka faham seperti dalam bentuk peta minda.
Subject
Subject School Level
P. Islam Tingkatan 1, Tingkatan 2, Tingkatan 3, Darjah 5, Darjah 6
Sejarah Tingkatan 1, Tingkatan 2, Tingkatan 3
Asas Fardhu Ain Darjah 5, Darjah 6