Profile Picture

Sharifah Nasywa *******

(Physical & Online)

Asasi/a-level - Sains Perubatan

Universiti Cyberjaya (Ongoing Study)

Batu Pahat, Johor

Tutor Training

WhatsApp Us If Interested

WhatsApp Kami
About Me
Saya merupakan pelajar tahun empat perubatan. Saya juga seorang tutor yang amanah dan kompeten dalam membantu anak didik saya untuk mencapai keputusan yang cemerlang. Saya seorang yang tegas dan penyayang. Matlamat saya adalah untuk membantu anak didik saya dari segi penyusunan masa, psikologi dan teknik belajar yang sesuai. Saya juga akan sedaya upaya membantu pelajar saya untuk memahami ilmu yang disampaikan dan memperolah keputusan yang cemerlang. Saya mempunyai pengalaman sebagai tutor sambilan selama 4 tahun secara bersemuka dan dalam talian. Saya banyak belajar teknik pendidikan dan pembelajaran daripada pengalaman dan keluarga saya.
Teaching Method(s)
Saya akan menggunakan kaedah pengajaran terus dan pembelajaran koperatif supaya pelajar tidak mudah merasa bosan dan hilang fokus. Saya akan mengenal pasti cara pelajar memperoses pembelajaran dengan kaedah VAK supaya dalam meningkatkan peratusan pembelajaran yang effektif. Saya akan menggunakan akronim bagi memudahkan anak didik saya ingat maklumat yang penting. Saya juga akan menyediakan nota yang menarik, ringkas dan lengkap bagi memudahkan pelajar faham dan mengulang kaji. Bagi saya, penerapan dari asas sesuatu topik adalah sangat penting bagi pelajar memahami dan menguasai sesebuah topik, oleh itu konsep ‘spiral’ dapat memudahkan pelajar lebih memahami topik dari satu tahap ke tahap yang lebih mencabar.
Subject
Subject School Level
Sains - DLP Bahasa Inggeris Darjah 6, Darjah 5, Darjah 4, Tingkatan 1, Tingkatan 2