Profile Picture

Dharshini Devi *******

(Dalam Talian)

Sarjana Muda - Rangkaian Keselamatan Komputer

Universiti Teknologi Malaysia (Kuala Lumpur) (Sedang Belajar)

Seri Kembangan, Selangor

Jika berminat dengan tutor ini WhatsApp kami

WhatsApp Kami
Tentang Saya
Saya Cikgu Didi. Saya merupakan seorang tutor yang berdedikasi. Saya suka mengajar dan berkongsi ilmu kepada anak didik saya. Saya merupakan tutor yang ramah tetapi tegas pada waktu tertentu. Saya lebih pakar dalam bidang IT oleh itu saya akan mengaitkan subjek yang saya ajar dengan pengetahuan IT. Saya juga berkemahiran dalam penyusunan jadual yang lebih efektif. Saya lebih suka memberi pengajaran kepada pelajar melalui konsep praktikal dan memberi motivasi kepada pelajar untuk terus berusaha ke arah kejayaan. Adakah anak anda seorang introvert ? Saya berkebolehan mengajar pelajar introvert dan memberi keyakinan kepada mereka untuk maju ke arah kepimpinan. Hubungi saya hari ini.
Teknik Pengajaran
Dalam pandangan saya, saya akan mengutamakan pengetahuan anak didik saya dalam topik atau subjek tersebut. Bagi pemahaman pelajar dengan lebih baik, saya menggunakan kaedah didik hibur dan kaedah main peranan. Pembelajaran sesuatu subjek tidak semestinya berasaskan teori sahaja. Pembelajaran melalui praktikal membuatkan pelajar memahami konsep dengan lebih lanjut. Selain itu, perkembangan otak pelajar juga akan lebih memberangsangkan apabila pelajar dapat berfikir di luar kotak. Saya juga menggunakan akronim untuk membantu mereka mengingati sesuatu perkara dengan mudah.
Subjek
Subjek Tahap
Matematik Tingkatan 3, Tingkatan 1
Matematik Tambahan Tingkatan 4
Bahasa Inggeris Tingkatan 4
Matematik Dewasa
Penyuntingan - Canva Asas (Basic)
Matematik - DLP Bahasa Inggeris Tingkatan 1
Asas Sains Komputer Tingkatan 1