mytutor_mobile
Profile Picture

Raja Nurkhalisa *******

(Dalam Talian)

Sarjana Muda - Dietetik

Universiti Teknologi MARA (Puncak Alam) (Sedang Belajar)

Klang, Selangor

Jika berminat dengan tutor ini WhatsApp kami

WhatsApp Kami
Tentang Saya
Saya merupakan seorang tutor yang mampu menarik perhatian pelajar dan akan mengajar mengikut kemampuan pelajar tersebut sendiri. Saya merupakan pelajar dalam bidang Sains dan mempunyai pengetahuan luas tentang subjek Sains dan juga Calculus. Saya yakin saya mampu menangani masalah pembelajaran setiap pelajar. Selain itu, saya berpengalaman dalam mendidik pelajar-pelajar Autism. Jadi, saya mudah menyesuaikan diri dengan pelbagai ragam para pelajar.
Teknik Pengajaran
Teknik pengajaran saya ialah mendidik pelajar seperti seorang rakan. Saya akan mendidik pelajar sepertimana seorang mendidik rakannya agar pelajar lebih selesa dan berminat untuk belajar. Saya akan mengajar pelajar dengan memastikan setiap pembelajaran mempunyai fokus tersendiri. Saya akan memastikan fokus tersebut dicapai pada akhir pembelajaran. Teknik pembelajaran saya juga melibatkan latihan mudah dan intensif. Saya akan menyediakan latihan yang bersesuaian dengan tahap pengetahuan pelajar tersebut dan berkaitan dengan pembelajaran.
Subjek
Subjek Tahap
Matematik Darjah 6, Darjah 1, Darjah 2, Darjah 3, Darjah 4, Darjah 5
Bahasa Inggeris Tadika
Membaca - BI Tadika
Membaca - BM Tadika