Profile Picture

Fazillah Asyikin *******

(Dalam Talian)

Sarjana Muda - Pengurusan (Pemasaran)

Universiti Teknologi Malaysia (Skudai) (Telah Bergraduasi)

Sungai Jawi, Pulau Pinang

Jika berminat dengan tutor ini WhatsApp kami

WhatsApp Kami
Tentang Saya
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Nama saya Fazillah Asyikin Binti Nor dan merupakan lepasan graduan daripada Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Skudai, Johor Bahru. Saya mempunyai minat yang sangat tinggi dalam bidang pedidikan dan saya akan berusaha sehabis baik untuk melakukan tanggungjawab sebagai seorang tutor/pengajar dengan memastikan mereka mencapai keputusan yang cemerlang. Saya seorang yang peramah dan mudah untuk bergaul dengan sesiap sahaja. Walau bagaimanapun, saya masih menetapkan pendirian untuk menjadi seorang yang tegas untuk memastikan anak didik saya sentiasa berdisiplin mencapai keputusan yang cemerlang dalam setiap bidang mereka. Saya juga seorang yang ceria dan saya akan pastikan kelas yang saya ajari tidak bosan malah akan menambahkan minat pelajar untuk menyertai kelas saya. Oleh sebab itu, jangan berasa ragu-ragu untuk menjadikan saya salah satu tutor pilihan anda.
Teknik Pengajaran
Saya menggunakan konsep mengajar “Ajar & Latih” di mana kebiasaannya saya akan memberikan penerangan terlebih dahulu dan kemudian disusuli dengan latihan untuk memastikan apa yang diajari dapat difahami oleh pelajar saya. Saya juga lebih berfokus kepada pengajaran yang ringkas tetapi padat di mana saya akan memberikan nota nota ringkas kepada pelajar saya supaya mereka lebih mudah ingat dan faham.
Subjek
Subjek Tahap
Membaca - BI Darjah 1, Darjah 2, Darjah 3
Membaca - BM Darjah 1, Darjah 2, Darjah 3, Darjah 4, Darjah 5
Bahasa Melayu Darjah 1, Darjah 2, Darjah 3, Darjah 4, Darjah 5
Bahasa Inggeris Darjah 1, Darjah 2, Darjah 3, Darjah 4, Darjah 5