Profile Picture

Muhammad Iqbal *******

(Bersemuka & Dalam Talian)

Sarjana Muda - Sarjana Muda Undang-undang

Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (Gombak) (Telah Bergraduasi)

Ipoh, Perak

Jika berminat dengan tutor ini WhatsApp kami

WhatsApp Kami
Tentang Saya
Saya adalah seorang tutor yang berdedikasi dan berkredibiliti serta bersemangat tinggi dan berkeyakinan tinggi dalam membantu pelajar saya untuk mencapai keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan dan mencapai tahap pemahaman dalam subjek yang dipelajari dengan optimum. Saya seorang yang ramah dan ceria. Saya akan sentiasa memastikan anak didik saya mencapai matlamat mereka. Saya juga suka membantu anak didik saya agar mereka dapat belajar dalam keadaan yang tidak tertekan. Saya juga pandai mengambil hati pelajar agar mereka menyukai sesi pengajaran dan pembelajaran yang saya jalankan. Saya juga seorang yang sporting dan mudah terhibur, namun saya tetap fokus kepada matlamat yang ingin dicapai oleh pelajar-pelajar saya. Jadi tunggu apa lagi, jadikan saya tutor anda hari ini, pasti anda tidak akan menyesal!
Teknik Pengajaran
Saya mengaplikasikan dan menerapkan kaedah pembelajaran berfokus namun akan diselitkan dengan hiburan atau selingan untuk memastikan pelajar tidak mudah bosan. Saya juga akan menerapkan amalan seperti pelajar perlu mendengar terlebih dahulu penerangan saya baru tulis kepada anak murid saya kerana jika mereka menulis sambil mendengar ketika saya mengajar, ilmu yang disampaikan tidak akan sepenuhnya diterima anak didik. Saya juga akan menggalakkan penulisan nota-nota ringkas kepada anak didik saya.
Subjek
Subjek Tahap
Bahasa Melayu Tingkatan 2, Tingkatan 1
Bahasa Inggeris Tingkatan 1, Tingkatan 2
Sejarah Tingkatan 1, Tingkatan 2