Profile Picture

Hanif Qhuzairee *******

(Dalam Talian)

Sarjana Muda - Finance/economics

Universiti Malaysia Sabah (Labuan) (Sedang Belajar)

Semporna, Sabah

Jika berminat dengan tutor ini WhatsApp kami

WhatsApp Kami
Tentang Saya
Saya Hanif Qhuzairee Bin Mohd Asri dan saya berasal daripada Sabah. Sebagai seorang tutor, saya mempunyai pengetahuan yang luas dalam bidang seperti Ekonomi, Perniagaan, Akaun, dan Matematik. Saya telah dinobatkan sebagai pelajar cemerlang STPM pada tahun 2021 dan sekarang saya sedang melanjutkan pembelajaran saya bagi Ijazah Sarjana Muda di Universiti Malaysia Sabah dengan mengambil kursus Kewangan Antarabangsa (Ekonomi Kewangan Antarabangsa). Oleh itu, saya yakin bahawa dengan pengalaman dan pengetahuan saya, saya yakin yang saya dapat membatu anak-anak didik saya untuk mendapatkan keputusan yang cemerlang dalam bidang Ekonomi, Perniagaan, Akaun, dan juga Matematik Saya memiliki pendekatan yang ramah dan mesra, tetapi pada masa yang sama saya menegakkan disiplin dan fokus dalam setiap sesi pembelajaran. Matlamat saya bukan hanya untuk mengajar, tetapi juga untuk menanamkan semangat untuk mencari ilmu dan keinginan untuk berjaya dalam setiap individu yang saya ajar. Melalui gabungan ramah mesra, disiplin, dan kaedah pengajaran interaktif, saya membimbing pelajar-pelajar saya untuk mencapai potensi penuh mereka dan meraih matlamat akademik mereka.
Teknik Pengajaran
Dalam teknik pengajaran saya, saya mengamalkan pendekatan pembelajaran dan latihan secara bersamaan. Saya meyakini bahawa setelah pelajar mempelajari sesuatu konsep, latihan adalah kunci untuk memastikan pemahaman yang mereka peroleh dapat diterapkan dengan lancar, terutama semasa menghadapi ujian sebenar. Oleh itu, gabungan antara pembelajaran yang aktif dan pelaksanaan latihan yang berterusan memberi peluang kepada pelajar untuk menguasai topik dengan lebih baik dan yakin.
Subjek
Subjek Tahap
Ekonomi Tingkatan 5, Tingkatan 4
Perniagaan Tingkatan 5, Tingkatan 4
Matematik Darjah 1, Darjah 2, Darjah 3, Darjah 4, Darjah 5, Darjah 6