Profile Picture

Nurul Izzah *******

(Bersemuka & Dalam Talian)

Sarjana Muda - Sains

Universiti Teknologi MARA (Puncak Alam) (Sedang Belajar)

Ketereh, Kelantan

Jika berminat dengan tutor ini WhatsApp kami

WhatsApp Kami
Tentang Saya
Hai! Saya cikgu Izzah.Saya merupakan seorang pelajar ijazah sarjana muda pendidikan biologi. Sejak dari sekolah menengah, saya sentiasa aktif dalam subjek sains dan sentiasa menjadi fasilitator dan tutor muda untuk subjek sains. Subjek sains adalah subjek major saya dalam dunia pendidikan.Saya mempunyai banyak pengalaman dalam pendidikan sains. Saya telah banyak menimba ilmu tentang pedagogi dan pendekatan terbaik yang boleh diambil supaya para pelajar mudah untuk memahami apa yang diajar oleh guru-guru sekali gus dapat menarik minat pelajar dalam subjek sains dan biologi.
Teknik Pengajaran
Sebagai seorang pelajar dalam bidang pendidikan.Teknik pengajaran yang saya guna ialah teknik scalffolding yang merupakan teknik tersohor dalam dunia pendidikan yang dicipta oleh tokoh terdahulu iaitu Lev Vygotsky.Teknik ini amat sesuai untuk kanak-kanak kerana mereka akan dididik dengan cara bimbingan yang sesuai dengan tahap pencapaian murid-murid sehingga mereka berjaya dan boleh berdikari dalam sesuatu topik.Dengan teknik ini,saya akan memastikan murid-murid akan memahami secara jelas apa yang dipelajari dan boleh menjawab soalan-soalan yang berkaitan dengan topik yang dipelajari. Selain itu,saya juga akan menggunakan game-based learning iaitu menggunakan game dalam pelajaran yang dapat menarik minat murid-murid supaya mereka tidak mudah berasa bosan. Mereka juga merasakan sesuatu topik yang dipelajari itu mudah dan mereka akan berasa seronok untuk belajar.
Subjek
Subjek Tahap
Sains Darjah 1, Darjah 2, Darjah 3, Darjah 4, Darjah 5, Darjah 6, Tingkatan 1, Tingkatan 2, Tingkatan 3
Biologi - Bahasa Melayu Tingkatan 4
Biologi - DLP Bahasa Inggeris Tingkatan 4