mytutor_mobile
Profile Picture

Siti Nasuha *******

(Dalam Talian)

Sarjana Muda - Bahasa Melayu

Institut Pendidikan Guru (Sedang Belajar)

Sungai Petani, Kedah

Institut Perguruan

Jika berminat dengan tutor ini WhatsApp kami

WhatsApp Kami
Tentang Saya
Saya Cikgu Nasuha yang sedang belajar di Institut Pendidikan Guru Kampus Sultan Abdul Halim, Sungai Petani, Kedah. Saya sekarang berada di semester dua tahun dua bagi Ijazah Sarjana Muda Perguruan. Kursus utama saya adalah bahasa Melayu manakala kursus minor saya merupakan pendidikan Jasmani. Menuntut ilmu di maktab telah menjadikan saya seorang bakal guru yang berpengalaman dan mempunyai pengetahuan sosiologi kanak-kanak dan mampu mengubah teknik belajar mengikut keperluan pelajar tersebut. Bukan itu sahaja, saya juga telah banyak menyediakan bahan bantu mengajar yang kreatif dan menyeronokkan untuk murid supaya mereka tidak bosan semasa belajar.
Teknik Pengajaran
Bagi teknik pengajaran, kebiasaannya saya akan menjalankan permainan untuk menarik minat pelajar untuk mendalami sesuatu topik. Teknik-teknik lain juga saya terapkan seperti main peranan, simulasi dan didik hibur. Teknik-teknik ini diberi bimbingan oleh pensyarah saya supaya menjadi lebih kreatif bagi menjadikan masa pembelajaran lebih efektif dan objektif pembelajaran tercapai.
Subjek
Subjek Tahap
Matematik Darjah 1, Darjah 2, Darjah 3, Darjah 4, Darjah 5, Darjah 6
Membaca - BM Darjah 1, Darjah 2
Bahasa Melayu Darjah 1, Darjah 2, Darjah 3, Darjah 4, Darjah 5, Darjah 6