Profile Picture

Aisyah Maisarah *******

(Dalam Talian)

Sarjana Muda - Computer Science

Universiti Teknologi MARA (Shah Alam) (Sedang Belajar)

Kajang, Selangor

Jika berminat dengan tutor ini WhatsApp kami

WhatsApp Kami
Tentang Saya
Saya seorang yang ceria dan bersemangat, sedia untuk memberi tunjuk ajar kepada bakal anak didik saya. Matlamat dan misi anak didik akan saya bantu mereka kecapi ,slowly but surely. Walaupun hanya berbataskan pengajaran alam maya, keselesaan dan kesihatan mental anak didik akan saya ambil berat agar mereka tidak stres belajar. Saya juga bersedia membantu anak didik untuk membahagikan masa mereka dan memberikan tips belajar supaya anak didik lebih bersemangat dan tidak menyerah kalah! Oleh itu jadikan saya tutor anda hari ini!
Teknik Pengajaran
Sejak di sekolah lagi, saya gemar berkongsi dan mengajar rakan-rakan sekelas ilmu berkaitan subjek matematik. Teknik yang saya gunakan adalah pembelajaran santai dan serta pengaplikasian bahasa pasar yang mudah difahami. Penerangan teori juga saya terapkan agar anak didik dapat mengaplikasikan apa yang mereka pelajari. Selain itu, nota-nota ringkas juga saya sediakan untuk memudahkan anak didik belajar dan tidak cepat lupa apa yang mereka pelajari. Akhir sekali, contoh-contoh soalan juga akan saya bincangkan bersama anak didik supaya mereka akan terbiasa untuk menjawab peperiksaan kelak.
Subjek
Subjek Tahap
Matematik Tingkatan 1